Tuesday, December 29, 2015

AZAM 2016


Alhamdulillah.... hampir habis tahun 2015... welcome 2016...

Yang pasti 2016 akan lebih banyak cabaran.. Insya Allah semoga Allah mudahkan perjalanan... aci tak ummi nak senaraikan AZAM 2016 ummi... nie perancangan tau.. harap dimudahkan...

AZAM FAMILY....

1) Luangkan masa dengan anak2 especially bab belajar (yang nie ayah WAJIB buat)... sebabnya Husna akan ambil UPSR, Aira pulak nak prepare utk SPRA dan UPKK .. plus Aira dah kena turun kelas sebab tak performed tahun 3.. so kena fokus kat dia... dan Aleena pulak dah masuk Pra.. so kena study tau..

2) Prepare bekalan untuk anak (yang nie ayah tak moh kot sebab tak macho bawa bekalan.. hahaha).. selama nie Husna tak perlu beli makanan kat sekolah sebab dah siap bayar so terus ambil makanan,.. tapi kat sekolah baru nie dia kena beratur dan beli.... so dia request nak bawa bekalan sebab nak gunakan waktu rehat untuk solat Dhuha.. 

3) Dinner jam 6.30 ptg (yang nie WAJIB).. sebab jam 8.00 mlm dah kena buka buku...

4) Ziarah Auni .. erm.. mungkin awal2 nie kerap kot ummi datang tengok.. lepas tu entah la.. hahaha.. semoga ummi tabah yer. Ummi dah mula rasa rindu kat kakak especially bila tengok barang-barang yang bakal kakak bawa ke sekolah asrama.

5) Kurangkan tv... anak2 boleh tengok hujung minggu jer....

6) Pastikan semua Khatam Al-Quran tahun nie...

7) Hafaz surah... memandangkan Aleena dan kakak2nya dah banyak hafal surah plus Aira pun ada tasmik surah untuk exam.. maka antara Maghbrib dan Isyak kita tasmik ek...

8) Untuk UZAYR???.... hehehe.. ummi nak sangat selalu bawa anak soleh nie ke surau... harap tahun 2016 nie ummi akan banyakkan masa untuk ke surau yer... harap sahabat-sahabat uzayr nanti adalah orang-orang soleh yang sentiasa ingatkan tentang kebaikan

AZAM DIRI

1) Fokus study...(study untuk bekalan di dunia dan akhirat)

2) Jadi roll model untuk anak.. rupanya anak2 nie perhatikan kita tau... biarlah dia tengok yang baik2 sahaja.... takut2 nanti masa dia buat karangan tentang keluarga, keluar pulak statement jujur yang kelakar.. hahaha

3) Yang lain2 tu lebih pada muhasabah diri... biar ummi jer yang tahu.. hehehe

Apa-apa pun ummi bersemangat untuk masuk tahun baru... yey... bai bai 2015.... tq so much atas segala kenangan manis .. semoga 2016 akan lebih baik buat kami.. amin...

Monday, December 7, 2015

AWAS!!! TV Bahaya........

Adus... tetiba ada orang sharekan keburukkan menonton tv... nie yg buat ummi risau nie. Nie yang kena buat AUNARA sibuk di rumah ... dah la Astro banyak rancangan free...  

dah... jom baca kat bawah nie...

Tanggungjawab kepada kita sebagai makhluk Allah untuk menggunakan amanah tersebut pada jalan yang benar, bukan jalan yang batil dan melalaikan, seperti TV. ^_^

Lebih kurang 1200 jam setahun dihabiskan oleh kanak-kanak Malaysia bagi menonton TV berbanding 1040 jam setahun dihabiskan di dalam kelas di sekolah. -_-

Menonton TV tidak dibenarkan kepada kanak2 di bawah usia dua tahun, kerana dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan bayi, perkembangan otaknya berada pada tahap yang paling kritikal dan pendidikan yang berkesan pada masa itu ialah sentuhan manusia, bukan sentuhan TV.

Secara spesifiknya bahaya TV ialah;

Kesan TV ke atas otak kanak-kanak.

- Allah menggalakkan kanak-kanak melihat dan menerokai alam secara nyata, untuk mendekatkan mereka dengan reality kehidupan. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20;
“Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia dicipta? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan kepada bumi bagaimana ia dihamparkan?”

- TV membantutkan pengembangan otak.

Kesan ke atas Pertumbuhan Fizikal

- Ibnu Sina berkata, “Hendaklah kanak-kanak yang sedang belajar mempunyai rakan-rakan yang ramai dari kalangan mereka yang baik adabnya dan elok tatatertibnya.” TV mengganggu perkembangan fizikal, emosi kanak-kanak dan menghalang kanak-kanak untuk bergaul. Sedangkan bermain dengan aktif bersama kawan-kawan adalah penting bagi pertumbuhan fizikal dan fizikal.

- TV memisahkan seseorang daripada masyarakatnya. Menjadi batu penghalang kepada usaha membentuk sebuah masyarakat yang penyayang dan progresif.

- Menyebabkan Kegemukan. Kajian Fakulti Perubatan Universiti Stanford, 27 oktober 1999, kes kegemukan di kalangan kanak-kanak pada hari ini mempunyai kaitan dengan budaya suka menghabiskan masa menonton TV sambil makan..+ + + tidak terkecuali juga orang dewasa, sebab tu semakin ramai orang obesiti dan gemuk di Malaysia (saya tambah). ^_^

Kesan Ke atas Pertuturan

- TV menjejas dan melambat pertuturan. Kajian 10 tahun oleh Dr Sally Ward (Pakar kanak-kanak). 1 dari 5 kanak2 tidak bertutur dengan betul, yang berumur tiga tahun bertutur seperti kanak-kanak yang berumur dua tahun disebabkan mereka terlalu asyik menonton TV.

- Masalah ini turut juga menimpa orang dewasa, pertuturan semakin tidak betul, penggunaan bahasa lintang pukang, kerana terpengaruh dengan bahasa2 ‘kurang betul’ yang banyak dipertuturkan oleh imej2 di dalam TV. ^_^

Kesan TV ke atas Daya Kreativiti

- TV membantutkan daya imaginasi dan kreativiti.

Kesan TV ke atas Kosentrasi

- Kanak2 yang menonton TV menghadapi kesukaran mendengar dan tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran.

- Saya setuju, kanak-kanak yang tengok TV suka buat pekak apabila dipanggil oleh ibu bapa. Orang dewasa pun sama ^_^

Kesan TV kepada TiduR

- mengganggu tidur.

- Kajian di Klinik Pediatrik Gangguan Ketika Tidur di Hospital kanak2 Hasbro, Amerika mendapati, kanak2 yg banyak menonton TV tidak suka tidur awal dan sukar melelapkan mata.

- Kurang tidur melemahkan badan dan kosentrasi dan akhirnya ia menjejaskan pembelajaran mereka.

Kesan TV ke Atas Prestasi Akademik

- merendahkan prestasi akademik pelajar.

- Menghalang kanak2 terlibat dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti bermain, membaca, menulis, bergaul dan mengkaji.

Kesan TV ke atas jiwa dan akhlak

- TV merosakkan jiwa dan akhlak kanak2 dan remaja.

- TV menjadi salah satu punca yang menyumbang kepada bertambahnya tingkah laku kasar, jenayah dan keganasan dalam masyarakat.

Sumber : Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, oleh Danial Zainal Abidin.


Jika dilihat rancangan2 TV mutakhir ini, hampir 99% kandungannya tidak bermanfaat kepada seluruh lapisan masyarakat. di TV adegan2 yang tidak sepatutnya ditayangkan, nilai2 yang berlawanan dengan nilai Islam dan melayu juga turut dipertonton. TV sekrang semakin tidak relevan. dan ketidawujudan TV di rumah juga tidak menghairankan, kerana bagi saya itu adalah satu tindakan yang bijak, sekiranya TV itu lebih mendatangkan banyak Keburukan daripada kebaikan.

Daripada iklan, drama, filem, berita.. semuanya meracuni minda2 kanak-kanak hinggalah golongan tua. iklan2 yang 'tidak senonoh', drama dan filem yang banyak berkisar tentang percintaan, pergaulan bebas antara pelakon lelaki dan perempuan, pendedahan aurat, pertuturan kurang sopan.. berita pula, asyik bercakap tentang politik yang berat sebelah. TV dari dulu hingga sekarang, sangat banyak telah menjadi sebab runtuhnya akhlak dan moral generasi Islam dan Melayu.


Sumber: http://najcahayacintaagung.blogspot.com/2011/03/awas-tv-sangat-bahaya.html

Wednesday, November 25, 2015

Tahniah Kakak dan Husna

Berdebar kami menunggu keputusan UPSR Auni. Mungkin harapan kami besar untuk menghantar dia ke sekolah berasrama penuh. Tapi sebenarnya dalam hati kecil ummi, ummi lebih senang untuk dia berada di rumah. Hasilnya kakak memperolehi 3A 2B, Alhamdulillah.. ada hikmahnya..

Pada hari pengumuman, ummi dan ayah lebih dahulu tahu keputusan kakak.. itupun melalui sms.., tapi kami tak maklumkan pada kakak. Kami tahu yang kakak berasa yakin akan dapat semua A.... kebetulan semasa pengumuman keputusan dibuat, ayah duduk dibelakang kakak.. saje katanya nak tengok respond kakak... rupanya memang kakak menangis bila nama kakak tidak disebut...... habis sahaja pengumuman semua bergegas mengambil gambar dan ada juga yang baru nak ambil keputusan (bagi yang tidak dapat 5A)... ayah perhatikan kakak... kakak tak berganjak dari kerusi.. kakak menangis, kawan kakak yang pujuk kakak.... masa nie ummi belum jumpa kakak lagi.... ummi nie lagi teruk sensitif nyer... bila jumpa jer kakak terus ummi peluk, adik yang ummi dukung ummi bagi pada ayah. Kakak sebut pada ummi 'sorry ummi'... tak per ummi faham, kakak dah buat yang terbaik... ada hikmah semuanya.. kebetulan setelah dapat keputusan, kami terus ke Alor Setar... sepanjang jalan kakak menangis... ummi pun tumpang sekaki sebab tak sampai hati... tapi sesampainyer di sana kakak dah ok.... kami buat tak geti jer pada keputusan.. lepas beberapa hari baru ummi tanya kenapa kakak menangis.. pada ummi mungkin kakak kecewa... tapi rupanya dia tak nak ummi dan ayah sedih... tak per kakak.... Allah nak kakak berusaha lagi, tak moh bagi kakak lupa diri... dia tahu yang terbaik buat kakak....

Apa-apa pun ummi bangga sebab kakak dapat 8A dalam Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA)  dan 6A untuk UPKK... yang ini lagi susahkan... so betul la kata kakak... kakak minat subjek agama... Insya Allah semoga Allah berikan sekolah yang terbaik buat kakak..


Selang seminggu selepas keputusan kakak, keputusan SPRA Husna pulak diumumkan... kali nie ummi dok jauh-jauh.. sebab ummi nie sedih pun menangis gembira pun menangis... Alhamdulillah, keputusan SPRA Husna sama dengan kakak.. Husna dapat 8A jugak... so lepas nie kita study molek-molek untuk UPSR plak yer....tak de main-main... 

semoga anak-anak ummi berjaya dunia akhirat... dan semoga kalian dapat berbakti pada semua...
Aminnn

'Balik Kampung'..... cuti sekolah

Dah jadi rutin kami... setiap kali cuti sekolah kami akan ke sini (Alor Star). kali ni di Grand Alora lagi.... dah jadi macam kampung pulak kan. Hehehe... Tapi ok aper.... orang lain tak cuti lagi kami dah cutikan anak... hahaha... lebih besar dari Guru Besar ... so... pada minggu terakhir tu, disini lah kami (17-20/11/2015). Best jugak, orang belum ramai lagi.... pool dan gim dah jadi macam kami yang punya. 

Syok kan mandi... korang enjoy la yer.... sampai matahari tegak atas kepala pun korang tak moh naik lagi... sudahnya bila muka dah jadi 'putih' baru tanya ummi kenapa muka jadi macam nie... erm... nasib ler...

ummi dan kakak kat sini... sampai tengah malam tau... mujur la gim nie tutup jam 10.00 mlm.. kalau la 24 jam mahu jer kami bermalam kat sini.... hehehe.. berani ker ummi???


Anak soleh ni plak memang kami kena control memolek... macam-macam aksi dah dia buat... nama pun lelaki kan... so secara automatik, semua kakak2 dia exercise kejar adik... menarik tu..  

sebelum balik kami sempat breakfast kat Kedai KCK... sebelah Pekan Sari baru tu.. :)... ayah memang order roti dan kopi jer, kami yang lain pandai-pandai la cari makanan special kat sini, best tuh.. tapi yang pasti cok kodok kami tapau bawak balik.... untuk ngonyel ngonyel dalam kereta nanti. Adus harus makin gemuk kalau ummi dok kat sini.... erm..... cop sebelum tu, just nak share, kat hotel nie setiap hari selepas jam 5.00 ptg kek nya akan jadi 50%, so ummi dan anak-anak yang hantu kek nie dok borong la tiap-tiap malam.... wah bahagia nyer kami... teringat pulak nak makan kek malam nie.... ish ish ish


lepas tuh kami singgah kat Hospital Kepala Batas, ayah ada keje sikit.. sementara tu  kami pun explore la hospital nie.. tetiba terjumpa taman nie... apa lagi enjoy la Aunara... bersambung lah aktiviti dalam hutan bandar.Memang tak perasan kita kat hospital bila dok dalam hutan nie... so tak la kami terasa lama menunggu... 

Apa-apa pun kami enjoy balik kampung... hehehe

Sunday, November 15, 2015

Konvo sana sini.....


Hoyey... Alynn pun dah konvo.. erm.. tapi matlamat ummi tak tercapai. Kononnya nak masukkan Alynn ke darjah 1 tahun 2016 tak kesampaian. Tu ler... ummi la yang salah, tak tengok anak belajar. .. erk.. erm.. yelah...

Tak per la... Alynn nanti sama-sama darjah 1 dengan Fatih, Tina dan Nazif.. huhuhu... berjuang lah anda....

Semoga Alynn success.... enjoy the photos... :)



masa nie Alynn merajuk.. sebab tak dapat pegang mike (gambar nie sebelum mengaji.. masa mengaji ummi tak ambil gambar).... ooo.. besar jugak harapan Aleena ek.. berani jugak dia.. tapi sudahnya dia dapat jugak pegang mike bila sesi nyanyian satu lagi....

penyokong @ pembantu @ penjaga adik yang sangat setia..... sedia menerima arahan.. hahahaha...


Alhamdulillah....

Alhamdulillah... akhirnya anak manja ummi nie Khatam AL Quran jugak... 

bersungguh dia cerita setiap kali balik sekolah... masuk jer kereta terus cakap.. 'Ummi .. tadi ustazah test Aira, tengok la.. harap harap Aira lulus, boleh khatam tahun nie.." .. Insya Allah.. (sebenarnya ummi cabar dia. sebab kakak2 semua khatam masa darjah 2.. Aira jer terlebih darjah.. hehehehe..

Tapi tak per kan Aira.. Aira dapat Al-Quran percuma... dapat-dapat jer terus Aira mengaji. Alhamdulilah...

Semoga Al-Quran sentiasa bersama anak-anak ummi


Cuma kesiannya anak ini kena uruskan dirinya sendiri... erm... ummi sibuk sikit kot... sorry ek Aira. Apa pun cantik Aira pakai jubah nie... :)



Monday, November 2, 2015

Itu bukan satu gurauan....

Dah jadi asam garam hidup.... ada jer perkara yang nak di uji....

Terkadang terfikir, bagaimana untuk percaya pada pasangan. Banyak cerita yang didengar sejak kebelakangan ini. Ini semua angkara teknologi. Ibu bapa sibuk dengan tugasan hingga lupa untuk mendidik anak. Mereka menjadikan tv dan hp sebagai ubat menghilangkan penat, walhal si anak dari kembali sekolah lagi ada sahaja yang nak diceritakan. Buka sahaja mulut, antara nak dan tidak sahaja cerita ini didengar.....

Ini belum lagi berkait antara suami isteri, ada suami yang bergurau dengan rakan untuk menambah isteri lagi.... semudah itu rupanya mereka menutur kata, hingga tak perasan bahawa apa yang terlintas itu satu doa. Alangkah baiknya jika si suami memikir untuk mendidik isteri dan anak, menggembirakan mereka dan membahagiakan mereka... atau mungkin rasa jemu hadir, maka si suami terlintas untuk mencari hiburan baru...

Wahai suami...
tatkala anda tiada, isteri lah yang bertungkus lumus menjaga anak, menghantar anak ke sana ke sini, menyusu anak sambil memandu disebabkan tahu si anak lapar. Berusaha menyampaikan hajat anak, dan memastikan segala keperluan sempurna... demi tidak ingin suami risau, segalanya akan diselesaikan sebelum si suami kembali dari bertugas. Tapi mungkin si isteri ada kekurangan, maka itulah si suami olok-olok (dahulu) mencari hiburan baru.

Walaupun itu hanya gurauan antara rakan sekerja, tapi bagi si isteri amatlah kecewa. 

Cuma boleh doakan yang terbaik buat semua... mungkin ada hikmah dari apa yang terjadi... mungkin ada kebaikan atas segala dugaan.. dan mungkin Allah ingin memberi pahala atas kesabaran... hanya Dia sahaja yang tahu ajal maut insan....

Agaknya bila lagi yer boleh ke sini lagi....

Mereka....

  Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...