Sunday, August 5, 2012

Kenangan 'manis' buat ayah...


Alhamdulillah... Allah selamatkan ayah dan kawan2. Dalam ayah nak buat surprise untuk AUNARA.. ayah plak yang ter'surprise'...  apa-apa pun kejadian ini kenangan buat ayah dan kami. Tak tahulah kalau sebaliknya berlaku. Dan sekarang ayah dah kembali ke lokasi kerja. Dan AUNARA perlu teruskan aktiviti seperti biasa.....

Selamat Berpuasa...

Wednesday, August 1, 2012

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan



Sekejap betul masa berlalu.... pejam celik ummi dan ayah telah 10 tahun hidup bersama..... banyak sangat kenangan suka dan duka... tapi masih banyak perkara yang belum diketahui dan difahami. Harap ayah sabar dengan sikap ummi yer... Apa-apa pun buat Abang... Atie hanya mampu mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke-10... Terima kasih atas segala pengorbanan abang buat kami.... Semoga kita akan terus mendapat hidayah dari Nya dan semoga  terus dimurahkan rezeki....




Monday, July 30, 2012

Adus... lamanya lagi...


Terasa kekurangan bila tanggungjawab menyediakan makan minum dan pakaian buat ayah terpaksa ummi tangguhkan buat seketika waktu.... tetiba rindu waktu-waktu itu.... sedih pun yer jugak.... sedih bila tempat yang biasa ayah duduk kosong....  apatah lagi mendengar gelak tawa ayah menyakat anak-anak... tak kurang juga  hiruk jeritan anak-anak kerana terpaksa melarikan diri dari ayah yang selalu menyusik anak-anak....

Erm..doakan ummi kuat.. ummi sangat lemah.... dan semakin lemah menjelang bulan 8... dah 10 tahun rupanya ikatan ini... dan masih banyak ummi tidak tahu. Tapi Allah lebih tahu perjalanan ini.... dan ada hikmah setiap percaturan Nya.. semoga kesatuan ahli-ahli bait ini akan cepat berlaku demi AUNARA...

Kebanggaan Ummi

Alhamdulillah... Allah beri kekuatan untuk ummi menyusukan anak-anak ini.... cuma auni yang paling sekejap.. yela dah dapat adik, secara automatik susu ummi kurang... (itu sebenarnya emosi ummi sahaja pada masa itu..he he he...) Husna pula adalah sampai 1 tahun. Aira??? sampai 3 tahun... dah dapat adik baru dia dipaksa berhenti. Itu pun kena bawa dia scan baby sekali... dan yang comel Alynna tu entah la... agaknya sampai bila yer???? 

Apa-apa pun kalian adalah kebanggaan ummi... semoga kalian akan terus sihat.........



cop cop cop...............

hari ini alynna pergi sekolah.... wah tak sabar nyer ummi nak jemput... cepat la pukul 5.00 ptg.. hehehe


Saturday, July 28, 2012

Cerita tentang perceraian...


'Adakah ini satu perkara biasa'...... soalan ini selalu timbul dalam fikiran ummi. Dah macam tak de kisah dan tak de segan bila orang sekeliling ummi bercerita yang mereka telah bercerai dengan pasangan masing-masing.... dan masing-masing bercerita penuh dengan  hujah dan fakta kenapa mereka bercerai. Dan kebanyakkan merasakan amat berpuas hati dengan keputusan ini...

Ummi tak boleh nak percaya di sebelah pihak dan bukan sikap ummi untuk melebihkan sesuatu. Yela sebab ummi kurang percaya pada orang dan pada ummi tak fair kalau ummi dengar cerita sebelah pihak jer... tapi tak kuasa pulak rasa nak tahu serba serbi... banyak lagi  keje ummi untuk family.

Cuma peristiwa hari ini agak mengkagumkan ummi.... seorang wanita yang mempunyai 5 orang anak sanggup berpisah dengan suami dan memberi hak penjagaan kepada suami atas alasan si suami tidak percaya yang di isteri mampu membesarkan anak-anak..... cop... ummi nie menyibuk ke??? erm... sebenarnya cerita ini bermula semasa ummi meminta sebuah teksi untuk menghantar ummi dan AUNARA ke stesyen komuter... ummi kenal wanita ini di seremban. Masa tu ummi hendak kembali ke ofis selepas mesyuarat di Wisma Negeri.... hehehe... ini adalah angkara tak kuasa nak bawak kereta ke wisma sebab parking selalu penuh dan dah terbiasa naik teksi dari dolu-dolu lagi.... so nak dijadikan cerita.. ummi mengambil teksi ini untuk pulang.. borak punya borak... ummi pun ambil no tel dia.. ye la.. dia perempuan dan ummi pun rasa agak selesa untuk terus berhubung dengan beliau sekiranya keperluan mendesak. So, nak dijadikan cerita, pada hari ini ummi memerlukan khidmat beliau.... dan Alhamdulillah ummi selamat ke komuter dengan dihantar oleh wanita ini  dan ditemani oleh anaknya yg baru berusia 3 tahun. Katanya anak itu tidak sihat... oklah... tabah betul ibu ini...

So, di dalam perjalanan tu lah cerita ini timbul.... bermula dengan soalan tentang siapa yang menjaga anak ini semasa bekerja.... jadinya si ibu telah memaklumkan yang dia telah bercerai dan suami yang menjaga anak ini... seperti biasa ummi akan terkedu.... erm... dah 6 orang kenalan ummi yang mengalami situasi ini. Dah macam biasa plak.... tapi katanya sebab musababah adalah akibat suka melebihkan kawan dari keluarga. Si isteri pada masa itu tidak bekerja dan sanggup mengikat perut kerana kesempitan wang dan segala emas telah beliau gadaikan untuk suami... pulak tu si suami menghabiskan masa dan duit dengan kengkawan.... erm sedih la si isteri dan dia pun minta dilepaskan....

Tapi sekarang dia berjaya membina hidup walaupun hanya dengan memandu teksi..... dan boleh memberi nafkah kepada anak-anaknya....

Erm... itu cerita dia..... mungkin ada benar dan ada tidak... tapi bagi kita yang masih lengkap ahli ini berdoalah semoga tiada apa menghalang keutuhan keluarga kita.. dan semoga kita akan lebih memahami satu sama lain.....

Friday, July 27, 2012

To do or not to do.....


the image describe everything.... :)

and i'm not in a mood..... hahaha..... gelak jahat

Masih Berhajat

Pagi tadi... semasa dalam perjalanan ke sekolah, Auni masih menyatakan hajatnya lagi. Antara perbualan kami adalah:-

Auni : Ummi... kakak nak belajar di Mesir yer
Ummi : Kakak.. Mesir tu jauh tau... agaknya kakak tahu tak?
Auni : Yeke ummi...
Ummi : Erm... jauh... boleh ke kakak dok sendiri?
Auni : Ummi ikut kakak la.... boleh ummi pergi sana..
Ummi : ...senyap... (dalam hati terdetik sayu sebab anak ini sentiasa ingin ummi bersama dia dan ingin membawa ummi kemana sahaja dia pergi.... semoga Allah makbulkan Doa Auni... Amin)


Erm... anak-anak sekarang ingin berkongsi susah senang dengan ibu bapa.... seperti biasa Auni dan adik-adik telah memasang angan-angan untuk membalas jasa ummi dan ayah. Kengkadang terasa mereka amat kecil untuk berfikiran begitu.. tapi itulah AUNARA.... dari kecil telah mengimpikan sebuah rumah besar untuk mereka dan meminta agar ummi dan ayah bersama mereka. Pakatan mereka jelas... seorang menyediakan rumah dan yang lain menyediakan kenderaan.... mungkin agak pelik...... dan ummi bahagia kerana mereka bersama berkongsi cerita dan ceria.



Mereka....

  Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...