
Tuesday, March 10, 2009
Monday, March 9, 2009
Menyusahkan Orang

Benda nie yang paling ummi risau.... Harap-harap keluarga ummi selamat dari perkara ini. Cukup la sekali papa, mama dan adik yang terlibat. Alhamdulillah dia orang selamat walaupun akibatnya sampai sekarang, malahan sampai bila-bila besi di leher papa. (Papa accident pun sebab teksi yang tah apa2 tu..... bukan sebab dia lalai). Sorang lagi arwah Angah (nie sebab driver lori bawak laju, orang lain jadi mangsa).
Paling ummi tak suka orang yang bawak laju. Tak kirala bawak anak ke atau sorang2 ke.. Kalau yang bawak anak tu... tak tahu la apa jadi kat budak yang tak berdosa tu. Kalau yang sengsorang tu plak sama jer la kes nyer... kot di langgarnya orang tak ke pasal.
Kawan ummi ada cerita pasal kes kemalangan yang melibatnya anak2 nie. Kesian anaknya. Sorang anaknya meninggal sorang lagi sakit sana sini. Duduk hospital, tapi dijaga bapa saudara sebab maknya patah kaki dan tangan. Suami (yang tukang bawak tu) ok kot. Luka2 sikit jer. Patutnya yang tukang bawak tu la bagi patah banyak skit. Menyusahkan anak bini jer. Yang sakit dia orang. Ini baru namanya menyusahkan orang. Satu family huru hara. Sebenarnya ummi tak geti nak bagi nasihat kat orang2 nie. Satu lagi orang yg suka ikut dekat. Kalau kutuk orang pandai, tapi sendiri buat tak sedar. Sebabnya kalau ummi bawak kereta di highway mesti ada makhluk2 nie. Nak laju konon, pastu kalau orang depan buat emergency break, hah amik kau. Di marahnya plak orang depan tu. Dah tentu salah sendiri. Masa nak ambil lesen dulu pandai plak ikut arahan, jarak kereta depan dgn belakang mesti sampai nampak tayar belakang kereta tu. Tapi bila dah dapat lesen, tak sedar diri. Menyusahkan orang lagi.....
Sebenarnya, ummi risau pasal anak2.... harap-harap semuanya selamat di jalanan. Kadang kala disebabkan sikap seseorang orang lain jadi mangsa... ummi tak sanggup tgk anak ummi menangis kerana luka parah / patah / apa-apa yang berdarah sebab kecuaian jalan raya. Ish... ummi tak tahu nak cakap apa... cuma nasihat ummi........... TOLONG la bawa perlahan lahan. Tak kemananya tempat tu. Biar lambat, janji semua selamat. Kalau slow tu buat kita mengantuk.... tidur jer kat R&R tu... boleh jugak anak2 luruskan badan... sementara driver tidur. Pastu sambung la balik... Bukannya lari tempat tu... Lagi satu kalau maintain jimat minyak. Ummi dah cuba pergi dan balik kl-seremban (paling kuat ummi drive 100km/j), tak sampai pun setengah tank minyak. Tapi kalau try 120 - 130 km/j satu tank pun tak cukup.
Harapnya Allah lindungi semua. Panjangkanlah umur kami di dalam keimanan dan selamatkanlah kami dari malapetaka yang semestinya tak sanggup kami tempuh. Amin.....
Sunday, March 1, 2009
Wednesday, February 25, 2009
Mulut.....
CUma pandai ke tak pandai gunakan mulut ni.
Semestinya fungsinya untuk makan, minum, bercakap dll...
Makan ngan minum tu untuk diri sendiri, yang bercakap tu untuk kita dan orang lain...
Kenapa ek???
Yela kalau kita bercakap yang menyenangkan orang pasti orang puas hati. Tapi kalau kita sakitkan hati orang lain... mesti dia tak puas hati.
Ummi Suka dengar cerita Nabi yang mana beliau sentiasa menjaga adap percakapan dengan orang lain. Walaupun dengan musuh dia.
Tapi kita, jangankan dengan musuh, dengan keluarga sendiri pun tak pandai jaga hati. Ada kala bila kita bagi pendapat dan menerima pendapat, tentu ada yang tidak berkenan dihati. Tak salahkan kalau kita balas dengan cara berhemah. Contohnya 'bagus tu, tapi.....' bukan 'Cakap pandai la.....'
Agaknya mana la adap orang kita ek.... bagi ummi orang yang macam nie tidak didik dengan baik masa kecil. Atau mungkin family dia orang macam tu....
Sayang betul rasanya... semoga anak-anak ummi pandai menjaga hati orang lain...
Amin.....
Sunday, February 1, 2009
Lagu Yang Pasti Ada...
2) Suatu Masa - M Nasir
3) Hampir Ke Situ - Mendua
4) Izin Ku Pergi - Kaer
Ini semua lagu-lagu yang pasti ummi dengar masa kerja. Setiap lagu ada cerita dan maksud sendiri.. ummi jer yang tahu tau... hehehe.........
Jiwang kan????
'Shoulder to Cry On'
Thursday, January 22, 2009
Happy Birthday to me..............

Mereka....
Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...
-
Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...
-
Di suatu pagi ahad yang indah.... anak2 itu bangun dan terus menjerit.... uiek... kami lapar... ha ha ha... itu hanya sekadar ilusi ummi... ...
-
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...

