Wednesday, February 20, 2008

UKM dalam kenangan

19/2/08...............

saje jalan-jalan ngan abang ke UKM. Tempat guling-guling dulu...... masa belajar dulu abang hanya sebagai kawan baik kepada kawan ku...... tak sangka jadi suami... wakaka......... so disebabkan masa belajar dulu tak boleh jalan sama-sama dan tak tahu pun yang dia tu suami ku...... itu pun abg pesan awal-awal jgn terpegang tangan takut budak2 pandang serong......jadi semalam kira masa untuk flash back apa yg dah berlaku dahulu........... so sesampi je di ukm terus round kat pusanika.... pas tu jalan kaki ke Fakulti Sains Matematik dan je jabatan geologi......... wa tak puas nye......... so penat punya pasal........ minum kat Kamsis Burhanuddin Helmi..........pastu round sampai Fakulti Undang-undang...........memang tak terkata dan tak sangka pernah belajar, tidur, main, mandi, makan, tergolek dan lain-lain kat situ.....

moralnya......... hayatilah segala apa yang ada di depan mata kita pada hari ni... kerana sesungguhnya esok adalah tidak sama............

wa....... tak puasnya............

Tuesday, January 15, 2008

Nur Auni Khaliesa....










Nie semua gambar auni masa kecil.... comel...... sekarang dah besar.....
DOB 4.6.03............ kakak nak jadi angkasawat........?

Auni dan Husna di sekolah...



3Januari 2008..... hari pertama auni dan husna ke sekolah. Tak tidur malam auni sebab tak sabar nak ke sekolah.... Awal pagi lagi dah siap......

Sampai di sekolah auni terus buka buku... tak tahu apa yg dia tulis... anyway memang happy........husna tak berhenti bercakap.....

Dah besar anak ummi

Thursday, December 13, 2007

A Happy Family

best..

http://chepah75.fotopages.com

MARTABAK LAPIS

MARTABAK LAPIS
Resepi drp MAMAFAMI

Bahan-bahan

400 g daging cincang
3 sudu besar serbuk kari
300 g bawang besar ~ dipotong dadu
100 ml minyak masak
250 ml air
45 keping biskut cream crackers
4 butir telur ~ dipukul
4 sudu besar mentega
garam secukup rasa

Untuk dikisar :
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 sm halia

Untuk dicampurkan :
300 ml susu segar
400 ml santan

Untuk dicincang :
6 biji cili merah
6 tangkai daun bawang

Kaedah :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan rempah hingga wangi.
2. Masukkan daging dan kacau selama 3 minit. Bubuh pula air. Kacau hingga airnya kering.
3. Masukkan pula bawang besar. Masak sampai bawang layu. Tambahkan garam. Angkat.
4. Jerang campuran susu dan santan hingga mendidih. Bubuh garam.
5. Lenserkan tin empat segi berukuran 25 sm dengan majerin.
6. Celup sekeping biskut ke dalam campuran susu dan santan sampai kembang. Susun di dasar tin (kira-kira sembilan keping bagi setiap lapis).
7. Taburkan satu perlima daging rata-rata, diikuti daun sup, cili dan telur. Ulangi melapis dengan bahan-bahan itu hingga menjadi lima lapis dan semua biskut digunakan.
8. Akhir sekali, tuangkan baki campuran santan. Letak beberapa camca mentega di atasnya.
9. Bakar pada suhu 180 C selama 50 minit atau hingga masak.
10. Potong apabila sudah sejuk

BLUEBERRY CHEESE TART

BLUEBERRY CHEESE TART
Source: Kak Rinchan

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
250gm butter
80gm icing sugar
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 teaspn esen vanila

*Resepi asal separuh drp resepi di atas, che'pah gandakan dapat 70 tart saiz medium

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Filling
Source: Kak Mas

250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg

Blueberry filling

6. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.
7. Pipekan cheese dlm pastry dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka.
8. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.

Mereka....

  Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...