Wednesday, April 5, 2017

Bahaya Berasa Kagum dengan Diri Sendiri


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnad-nya; Suatu hari, di depan Rasulullah saw Abu Bakar menceritakan seorang sahabat yang amat rajin ibadatnya. Ketekunannya menakjubkan semua orang. Tapi Rasulullah tak memberikan komen apa-apa. Para sahabat kehairanan. Mereka bertanya-tanya, mengapa Nabi tak menyuruh sahabat yang lain agar mengikuti sahabat ahli ibadat itu.

Tiba-tiba orang yang dibicarakan itu lalu di hadapan majlis Nabi. Ia kemudian duduk di tempat itu tanpa mengucapkan salam. Abu Bakar berkata kepada Nabi, "Itulah orang yang tadi kita bicarakan, ya Rasulallah." Nabi hanya berkata, "Aku lihat ada bekas sentuhan syaitan di wajahnya."

Nabi lalu mendekati orang itu dan bertanya, "Bukankah kalau kamu datang di satu majlis kamu merasa bahawa kamulah orang yang paling soleh di majlis itu?" Sahabat yang ditanya menjawab, "Allahumma, na'am. Ya, memang begitulah aku." Orang itu lalu pergi meninggalkan majlis Nabi.

Setelah itu Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat, "Siapa di antara kalian yang mau membunuh orang itu?" "Aku," jawab Abu Bakar. Abu Bakar lalu pergi tapi tak berapa lama ia kembali lagi, "Ya Rasulallah, bagaimana mungkin aku membunuhnya? Dia sedang ruku'." Nabi tetap bertanya, "Siapa yang mahu membunuh orang itu?" Umar bin Khaththab menjawab, "Aku." Tapi seperti juga Abu Bakar, ia kembali tanpa membunuh orang itu, "Bagaimana mungkin aku bunuh orang yang sedang bersujud dan meratakan dahinya di atas tanah?"

Nabi masih bertanya, "Siapa yang akan membunuh orang itu?" Imam Ali bangkit, "Aku." Beliau lalu keluar dengan membawa pedang dan kembali dengan pedang yang masih bersih, tidak berlumuran darah, "Ia telah pergi, ya Rasulullah." Nabi kemudian bersabda, "Sekiranya engkau bunuh dia. Umatku takkan pecah sepeninggalanku...."

Dari kisah ini pun kita dapat mengambil hikmah: Selama di tengah- tengah kita masih terdapat orang yang merasa dirinya paling soleh, paling berilmu, dan paling benar dalam pendapatnya, pastilah terjadi perpecahan di kalangan kaum muslimin. Rasulullah menyuruh sahabatnya untuk membunuh lelaki tadi adalah kerana melalui perantaraan Jibril, baginda diberitahu bahawa lelaki ini dan keturunannya akan menyebabkan fitnah perpecahan di kalangan umat Islam.

Nabi memberikan pelajaran bagi umatnya bahawa perasaan ujub(merasa kagum dengan kehebatan diri) akan amal soleh yang dimiliki adalah penyebab perpecahan di tengah orang Islam. Ujub menjadi penghalang naiknya manusia ke tingkat yang lebih tinggi. Penawarnya hanya satu, belajarlah menghinakan diri kita.

Sumber : Taman Ulama

Monday, April 3, 2017

Setelah 15 tahun


Untuk kenangan kami...

Alhamdulillah.. ini cerita setelah 15 tahun hidup bersama..

Kami jarang gaduh.. sebab malu depan anak-anak.. cukup sekadar ummi merajuk dan buat tak geti.. yang lain tu ayah kena karang...

Yang pasti ummi memang garang dan tak senyum kalau di rumah... kan...

Erm... apa lagi ek

Sunday, April 2, 2017

Untuk Renungan Ayah-ayah

1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak..
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat.
Allahuakbar..

Sunday, March 19, 2017

Hoyey.....



Mana sahaja ummi pergi, adik mesti nak ikut... mula-mula tu dia ok lagi.. bila dah lama, dia pun mula la minta macam-macam. Tetengah orang ramai pun adik boleh minta disusukan. Siapa yang tak malu.. tapi sebabkan adik kecik lagi, makanya adik menang.. nanti la besar nanti.. hehehe..

Nie masa kelas tafsir.. tengah syok ustaz cerita pasal terjemahan ayat, tetiba keluar suara ayam. Mujur la ramai yang tak perasan... 

Apa pun... ilmu yang masuk tu ada la 50% .. yang lain fakus pada adik jer...

Jadi la....


Wednesday, March 15, 2017

Pembentukan Anak-anak


Dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan hiburan ini.. banyak sungguh cabaran yang ibu bapa harus tempuhi. Antaranya adalah cabaran dalam menghasilkan anak-anak soleh...

Siapa yang tak nak kalau anak-anak mereka menjadi seorang alim dalam bidangnya. Acapkali kita berbangga dengan kejayaan anak orang lain. Tapi pernah tak kita merancang untuk kejayaan anak-anak... 

Sesetengah ibu bapa membimbing anak.. ada yang membiarkan anak memilih jalan sendiri.. dan macam-macam lagi. 

Ada ibu bapa yang mempunyai matlamat.. tapi ada juga yang biar sahaja.. setiap tahun tiada perubahan dan tiada azam sebab tak nak fikir dan tak nak letak target. Kita boleh menyediakan target untuk kerjaya... ye la target untuk siapkan kerja. Kenapa kita tak buat benda yang sama untuk keluarga....?

Buatlah azam untuk anak-anak.. jangan biarkan mereka lalai... ayah ummi pernah cakap.. untuk melihat anak berjaya, ayah dan ibu kena banyak bekorban.. korbankan masa rehat dan masa berhibur untuk bersama-sama anak mengulangkaji pelajaran setiap hari. Wujudkan masa untuk lihat perkembangan anak-anak ini.. jangan harapkan cikgu di sekolah sahaja. Check beg mereka... wujudkan jadual waktu ulangkaji.. dan bermacam lagi...

Mungkin kita penat dan letih sebab baru balik kerja... tapi penat ini akan hilang setelah kita lihat kejayaan anak-anak kita nanti... waktu anak-anak membesar sangat singkat... sebaik sahaja mereka membesar.. rehat lah... berhiburlah.... masa itu kita akan rasa amanah yang Allah berikan dah kita laksanakan.. tinggal untuk pantau sahaja... 

Oleh itu... kepada ibu bapa soleh solehah sekalian.. berusahalah membimbing anak... peti tv tu dan hp tu letakkan ditepi seketika... macam mana kita boleh fokus bila bersama kawan tanpa ada hp di tangan.. macam tu jugalah fokus kita pada anak-anak... sebab mereka nie mengikut segala tingkah laku kita... kalau baik perbuatan kita.. Insya Allah baik lah anak-anak ini...

Jangan kelak kita salahkan anak-anak atas kegagalan mereka.. sebab kegagalan kita membimbing mereka... dek terlampau asyik dengan tv dan hp tu.. anak-anak terabai...

Semoga memberi inspirasi buat ummi......

Sunday, March 12, 2017

Kecundang Jugak Akhirnya...

Setelah 6 tahun bersama kami.. akhirnya si merah naik tow truck. 

Semua berlaku dengan tiba-tiba. Seperti biasa kami pergi menziarah anak-anak di SMA Rembau sebelum ke KLIA untuk menjemput papa dan mama dari Kota Bharu.. semua excited.. yela.. dah lama tak jalan kot.. hehehe

So.. selesai ziarah anak dan beli keperluan dia orang... plus makan-makan lagi.. kami pun ke KLIA.. ikutkan boleh jer ikut tol Pedas, tapi kami dah terbiasa ke Seremban dulu.. so plan kami nak ikut tol Senawang. Elok jer sampai Kawasan Perindustrian TTJ.. kereta pun menggelongsor.. enjin dah tak berfungsi... Alhamdulillah sebab benda nie berlaku kat kawasan yang ada tempat berhenti... ummi tak dapat bayangkan kalau berlaku kat tengah-tengah highway dan di lorong paling kanan.....

so.. sesudah call tow truck, kami pun berehat dan solat.. mungkin Allah nak ingatkan kami supaya jangan tangguhkan solat.... sedang elok semua urusan sampai. Tow truck pun tiba... kami pun naik la...



Anak-anak dah panik.. nak naik dalam tempat pemandu memang tak cukup la.. sebab kami ramai... merasa la di tarik naik.. suspend tau.. hehehe





Bila dah atas lori.. macam-macam pulak difikir nyer.. kot la lori tu ambil selekoh.. tak jatuh ker.. wakakaka... macam la lori tu cikai sangat... hehehe


Siap boleh makan kopok lagi.. betapa seronoknya kami... huhuhu

Tetiba bila ummi pandang belakang tengok anak-anak semua menyuruk sambil tundukkan kepala.. dah kenapa korang???... erm rupanya kiri kanan orang dok tunjuk-tunjuk kami yang kat atas lori nie...  hahaha.. ummi .. tak moh tunduk jugak ke??? hahahahah

Redha je la.... pastu main hp.. buat tak geti jer...

Selepas seminggu... si merah pun sihat kembali. yey.... Alhamdulillah....

Cop.. sebelum tu lupa nak cakap... selepas kereta dihantar ke bengkel kami pun ke rumah untuk menjemput kembar si merah.. si RK untuk ke KLIA... walaupun sesat barat.. (macam tak pernah ke klia la plak.. hehehe).. akhirnya kami pun sampai...dan papa mama pun dapat balik ke rumah...

Apa-apa pun .. pengajarannya.. bersyukurlah dan sentiasa berdoa agar Allah lindungi kita dari malapetaka...

Amin... 

Wednesday, March 8, 2017

Yey... Pak su Balik....

Tiba-tiba ummi dapat message dari Iqbal... Katanya minggu depan dia nak balik.. 

Erm... macam mimpi plak... Yeke paksu nak balik. Dah lama tak jumpa dia. Ada la dah dekat 2 tahun. 

Yang ummi tahu, Iqbal bukannya senang sepanjang masa di Turkey... makan dan pergerakkan dia terbatas. Sebab kewangan pun yer juga... duit dia cukup untuk ke universiti dan balik ke kolej jer.. Ada jugak tanya.. dia tak kemana-mana ke bila hujung minggu.. Katanya tidak.. sebab tak de duit nak belanja.. tak per ek Iqbal... inilah kehidupan. Kita tak dapat semuanya serentak. Ada benda yang kita perlu korbankan... Menghantar Iqbal ke negara orang adalah satu pengorbanan besar untuk papa mama.. Tapi inilah yang terbaik buat adik yang manja amet-amet nie.....

Dan kini dia berada sementara di Malaysia.. sebelum ke tempat yang tak pasti lagi.. untuk habiskan pengajian dia.... papa mama nampak happy. Sebab anak ada di depan mata. Tapi ummi faham.. ada benda yang tak selesai. Pengajian Iqbal harus ditamatkan... bukan apa.. sekurang-kurangnya dia tak berada di separuh jalan..

Apa-apa pun semoga yang terbaik buat Iqbal... 

Pengalaman di negara orang buat Iqbal nampak lebih matang.. katanya se keras orang malaysia.. orang sana lagi mencabar... ok lah tu...


Punya la lama kami mengunggu... sampai tak tahu nak buat apa.. sudah nyer kami berswaphoto.... huhuhu


Papa mama yang sabar menunggu.... mesti berdebarkan... rindu...


Akhirnya jumpa juga... 

Ummi tak pernah nampak Iqbal peluk papa... hehehe.. nie kali pertama ummi nampak.. 

Tapi yang jelas... bila kita berjauhan dari keluarga.. rasa sayang tu makin membuak... ummi pun dipeluknya.. rasanya last ummi peluk dia masa umur Iqbal 7 tahun.. lepas tu dah tak moh peluk.. sebab malu.. dia pun dah tahu segan... 


Ek.. tersama plak colour baju uzayr dengan baju paksu... huhuhu..

Malu ek.. tapi mahu...

Mereka....

  Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...