Wednesday, January 13, 2016
yey... exam...
senangkan nak faham (huhuhuhu.... sebenarnya nak pujuk hati untuk ingat).. cop.. nota nie satu dari 20 muka surat tau... agak-agaknya boleh hapai tak????... hahahah...
Anyway... good luck untuk diri sendiri.. sebab nie last paper... tak de exam dah... cumanya lepas nie akan lebih banyak ujian lisan... hadap yer ummi... nge nge nge...
*** Mood... pujuk hati dan otak supaya terima dan hadam semua ilmu... :) ... semoga Allah terangkan hati ini dan mudah ingat esp masa exam nanti... :) :) :)
AMINNN....
Thursday, January 7, 2016
Apabila Si Anak Mula ke Asrama
Tak tergambar perasaan bila dapat tahu Auni diterima ke SMA Rembau dan SMAD Klana... mana tidaknya... ada kata2 yang cakap dengan keputusan Auni tu susah nak masuk sekolah SMA... Alhamdulillah, rupanya ada rezeki Auni di Rembau (dek kerana nak rasa duduk asrama, maka Auni pilih lah Rembau.. ). So sekarang (tatkala coretan ini ditulis), Auni dah seminggu di asrama. Acap kali juga dia menghubungi kami, pada awalnya suaranya ceria... tetapi selepas beberapa hari mula ada suara sayu. Rindukan keluarga kot... ye la... macam tu juga adik2 Auni di sini.Mereka rindukan kakak... mana tak nyer.., kakak Auni la yang kerap uruskan adik, dari bangun tidur, solat, sediakan kelengkapan adik, malah ada suatu masa dulu, breakfast adik2 pun Auni yang sediakan (masa tu ayah selalu outstation dan khayra menyusu badan, tiap pagi waktu penting nie la dia minta susu, so Aunilah yang uruskan adik2nya) dan kerapkali Auni dan Husna menjemur baju jam 6.30 pg sebelum ke sekolah..... tapi sekarang, kalian akan jarang dengar suara kakak ingatkan kalian untuk solat... suara kakak suruh mandi dan suara zikir kakak tidurkan adik uzayr . Kalau tak, dulu bila kakak ingatkan kalian, kalian selalu bising marahkan kakak.. huhuhu.. rindu pulak ummi nak dengar suara korang mengadu....
Adik Uzayr pula seakan-akan mencari kakak, pernah sekali dia ternampak gambar kakak di hp, terus dia tunjuk... kesian adik, mungkin dia nak tanya mana kakak... tapi adik belum pandai berkata-kata...
Tak per lah.. dah lumrah hidup... ada kala kita akan terpisah sementara... demi ilmu, ummi dan ayah akan sentiasa doakan kejayaan kakak Auni... semoga impian Auni tercapai...
Good luck Auni... Insha Alla kita akan kerap berjumpa... Rembau dan Seremban tak jauh kan.. heheheh
Tuesday, December 29, 2015
AZAM 2016
Alhamdulillah.... hampir habis tahun 2015... welcome 2016...
Yang pasti 2016 akan lebih banyak cabaran.. Insya Allah semoga Allah mudahkan perjalanan... aci tak ummi nak senaraikan AZAM 2016 ummi... nie perancangan tau.. harap dimudahkan...
AZAM FAMILY....
1) Luangkan masa dengan anak2 especially bab belajar (yang nie ayah WAJIB buat)... sebabnya Husna akan ambil UPSR, Aira pulak nak prepare utk SPRA dan UPKK .. plus Aira dah kena turun kelas sebab tak performed tahun 3.. so kena fokus kat dia... dan Aleena pulak dah masuk Pra.. so kena study tau..
2) Prepare bekalan untuk anak (yang nie ayah tak moh kot sebab tak macho bawa bekalan.. hahaha).. selama nie Husna tak perlu beli makanan kat sekolah sebab dah siap bayar so terus ambil makanan,.. tapi kat sekolah baru nie dia kena beratur dan beli.... so dia request nak bawa bekalan sebab nak gunakan waktu rehat untuk solat Dhuha..
3) Dinner jam 6.30 ptg (yang nie WAJIB).. sebab jam 8.00 mlm dah kena buka buku...
4) Ziarah Auni .. erm.. mungkin awal2 nie kerap kot ummi datang tengok.. lepas tu entah la.. hahaha.. semoga ummi tabah yer. Ummi dah mula rasa rindu kat kakak especially bila tengok barang-barang yang bakal kakak bawa ke sekolah asrama.
5) Kurangkan tv... anak2 boleh tengok hujung minggu jer....
6) Pastikan semua Khatam Al-Quran tahun nie...
7) Hafaz surah... memandangkan Aleena dan kakak2nya dah banyak hafal surah plus Aira pun ada tasmik surah untuk exam.. maka antara Maghbrib dan Isyak kita tasmik ek...
8) Untuk UZAYR???.... hehehe.. ummi nak sangat selalu bawa anak soleh nie ke surau... harap tahun 2016 nie ummi akan banyakkan masa untuk ke surau yer... harap sahabat-sahabat uzayr nanti adalah orang-orang soleh yang sentiasa ingatkan tentang kebaikan
AZAM DIRI
1) Fokus study...(study untuk bekalan di dunia dan akhirat)
2) Jadi roll model untuk anak.. rupanya anak2 nie perhatikan kita tau... biarlah dia tengok yang baik2 sahaja.... takut2 nanti masa dia buat karangan tentang keluarga, keluar pulak statement jujur yang kelakar.. hahaha
3) Yang lain2 tu lebih pada muhasabah diri... biar ummi jer yang tahu.. hehehe
Apa-apa pun ummi bersemangat untuk masuk tahun baru... yey... bai bai 2015.... tq so much atas segala kenangan manis .. semoga 2016 akan lebih baik buat kami.. amin...
Monday, December 7, 2015
AWAS!!! TV Bahaya........
Adus... tetiba ada orang sharekan keburukkan menonton tv... nie yg buat ummi risau nie. Nie yang kena buat AUNARA sibuk di rumah ... dah la Astro banyak rancangan free...
dah... jom baca kat bawah nie...
Tanggungjawab kepada kita sebagai makhluk Allah untuk menggunakan amanah tersebut pada jalan yang benar, bukan jalan yang batil dan melalaikan, seperti TV. ^_^
Lebih kurang 1200 jam setahun dihabiskan oleh kanak-kanak Malaysia bagi menonton TV berbanding 1040 jam setahun dihabiskan di dalam kelas di sekolah. -_-
Menonton TV tidak dibenarkan kepada kanak2 di bawah usia dua tahun, kerana dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan bayi, perkembangan otaknya berada pada tahap yang paling kritikal dan pendidikan yang berkesan pada masa itu ialah sentuhan manusia, bukan sentuhan TV.
Secara spesifiknya bahaya TV ialah;
Kesan TV ke atas otak kanak-kanak.
- Allah menggalakkan kanak-kanak melihat dan menerokai alam secara nyata, untuk mendekatkan mereka dengan reality kehidupan. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20;
“Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia dicipta? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan kepada bumi bagaimana ia dihamparkan?”
- TV membantutkan pengembangan otak.
Kesan ke atas Pertumbuhan Fizikal
- Ibnu Sina berkata, “Hendaklah kanak-kanak yang sedang belajar mempunyai rakan-rakan yang ramai dari kalangan mereka yang baik adabnya dan elok tatatertibnya.” TV mengganggu perkembangan fizikal, emosi kanak-kanak dan menghalang kanak-kanak untuk bergaul. Sedangkan bermain dengan aktif bersama kawan-kawan adalah penting bagi pertumbuhan fizikal dan fizikal.
- TV memisahkan seseorang daripada masyarakatnya. Menjadi batu penghalang kepada usaha membentuk sebuah masyarakat yang penyayang dan progresif.
- Menyebabkan Kegemukan. Kajian Fakulti Perubatan Universiti Stanford, 27 oktober 1999, kes kegemukan di kalangan kanak-kanak pada hari ini mempunyai kaitan dengan budaya suka menghabiskan masa menonton TV sambil makan..+ + + tidak terkecuali juga orang dewasa, sebab tu semakin ramai orang obesiti dan gemuk di Malaysia (saya tambah). ^_^
Kesan Ke atas Pertuturan
- TV menjejas dan melambat pertuturan. Kajian 10 tahun oleh Dr Sally Ward (Pakar kanak-kanak). 1 dari 5 kanak2 tidak bertutur dengan betul, yang berumur tiga tahun bertutur seperti kanak-kanak yang berumur dua tahun disebabkan mereka terlalu asyik menonton TV.
- Masalah ini turut juga menimpa orang dewasa, pertuturan semakin tidak betul, penggunaan bahasa lintang pukang, kerana terpengaruh dengan bahasa2 ‘kurang betul’ yang banyak dipertuturkan oleh imej2 di dalam TV. ^_^
Kesan TV ke atas Daya Kreativiti
- TV membantutkan daya imaginasi dan kreativiti.
Kesan TV ke atas Kosentrasi
- Kanak2 yang menonton TV menghadapi kesukaran mendengar dan tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran.
- Saya setuju, kanak-kanak yang tengok TV suka buat pekak apabila dipanggil oleh ibu bapa. Orang dewasa pun sama ^_^
Kesan TV kepada TiduR
- mengganggu tidur.
- Kajian di Klinik Pediatrik Gangguan Ketika Tidur di Hospital kanak2 Hasbro, Amerika mendapati, kanak2 yg banyak menonton TV tidak suka tidur awal dan sukar melelapkan mata.
- Kurang tidur melemahkan badan dan kosentrasi dan akhirnya ia menjejaskan pembelajaran mereka.
Kesan TV ke Atas Prestasi Akademik
- merendahkan prestasi akademik pelajar.
- Menghalang kanak2 terlibat dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti bermain, membaca, menulis, bergaul dan mengkaji.
Kesan TV ke atas jiwa dan akhlak
- TV merosakkan jiwa dan akhlak kanak2 dan remaja.
- TV menjadi salah satu punca yang menyumbang kepada bertambahnya tingkah laku kasar, jenayah dan keganasan dalam masyarakat.
Sumber : Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, oleh Danial Zainal Abidin.
Jika dilihat rancangan2 TV mutakhir ini, hampir 99% kandungannya tidak bermanfaat kepada seluruh lapisan masyarakat. di TV adegan2 yang tidak sepatutnya ditayangkan, nilai2 yang berlawanan dengan nilai Islam dan melayu juga turut dipertonton. TV sekrang semakin tidak relevan. dan ketidawujudan TV di rumah juga tidak menghairankan, kerana bagi saya itu adalah satu tindakan yang bijak, sekiranya TV itu lebih mendatangkan banyak Keburukan daripada kebaikan.
Daripada iklan, drama, filem, berita.. semuanya meracuni minda2 kanak-kanak hinggalah golongan tua. iklan2 yang 'tidak senonoh', drama dan filem yang banyak berkisar tentang percintaan, pergaulan bebas antara pelakon lelaki dan perempuan, pendedahan aurat, pertuturan kurang sopan.. berita pula, asyik bercakap tentang politik yang berat sebelah. TV dari dulu hingga sekarang, sangat banyak telah menjadi sebab runtuhnya akhlak dan moral generasi Islam dan Melayu.
Sumber: http://najcahayacintaagung.blogspot.com/2011/03/awas-tv-sangat-bahaya.html
Wednesday, November 25, 2015
Tahniah Kakak dan Husna
Berdebar kami menunggu keputusan UPSR Auni. Mungkin harapan kami besar untuk menghantar dia ke sekolah berasrama penuh. Tapi sebenarnya dalam hati kecil ummi, ummi lebih senang untuk dia berada di rumah. Hasilnya kakak memperolehi 3A 2B, Alhamdulillah.. ada hikmahnya..
Pada hari pengumuman, ummi dan ayah lebih dahulu tahu keputusan kakak.. itupun melalui sms.., tapi kami tak maklumkan pada kakak. Kami tahu yang kakak berasa yakin akan dapat semua A.... kebetulan semasa pengumuman keputusan dibuat, ayah duduk dibelakang kakak.. saje katanya nak tengok respond kakak... rupanya memang kakak menangis bila nama kakak tidak disebut...... habis sahaja pengumuman semua bergegas mengambil gambar dan ada juga yang baru nak ambil keputusan (bagi yang tidak dapat 5A)... ayah perhatikan kakak... kakak tak berganjak dari kerusi.. kakak menangis, kawan kakak yang pujuk kakak.... masa nie ummi belum jumpa kakak lagi.... ummi nie lagi teruk sensitif nyer... bila jumpa jer kakak terus ummi peluk, adik yang ummi dukung ummi bagi pada ayah. Kakak sebut pada ummi 'sorry ummi'... tak per ummi faham, kakak dah buat yang terbaik... ada hikmah semuanya.. kebetulan setelah dapat keputusan, kami terus ke Alor Setar... sepanjang jalan kakak menangis... ummi pun tumpang sekaki sebab tak sampai hati... tapi sesampainyer di sana kakak dah ok.... kami buat tak geti jer pada keputusan.. lepas beberapa hari baru ummi tanya kenapa kakak menangis.. pada ummi mungkin kakak kecewa... tapi rupanya dia tak nak ummi dan ayah sedih... tak per kakak.... Allah nak kakak berusaha lagi, tak moh bagi kakak lupa diri... dia tahu yang terbaik buat kakak....
Apa-apa pun ummi bangga sebab kakak dapat 8A dalam Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) dan 6A untuk UPKK... yang ini lagi susahkan... so betul la kata kakak... kakak minat subjek agama... Insya Allah semoga Allah berikan sekolah yang terbaik buat kakak..
Selang seminggu selepas keputusan kakak, keputusan SPRA Husna pulak diumumkan... kali nie ummi dok jauh-jauh.. sebab ummi nie sedih pun menangis gembira pun menangis... Alhamdulillah, keputusan SPRA Husna sama dengan kakak.. Husna dapat 8A jugak... so lepas nie kita study molek-molek untuk UPSR plak yer....tak de main-main...
semoga anak-anak ummi berjaya dunia akhirat... dan semoga kalian dapat berbakti pada semua...
Aminnn
'Balik Kampung'..... cuti sekolah
Dah jadi rutin kami... setiap kali cuti sekolah kami akan ke sini (Alor Star). kali ni di Grand Alora lagi.... dah jadi macam kampung pulak kan. Hehehe... Tapi ok aper.... orang lain tak cuti lagi kami dah cutikan anak... hahaha... lebih besar dari Guru Besar ... so... pada minggu terakhir tu, disini lah kami (17-20/11/2015). Best jugak, orang belum ramai lagi.... pool dan gim dah jadi macam kami yang punya.
Syok kan mandi... korang enjoy la yer.... sampai matahari tegak atas kepala pun korang tak moh naik lagi... sudahnya bila muka dah jadi 'putih' baru tanya ummi kenapa muka jadi macam nie... erm... nasib ler...
ummi dan kakak kat sini... sampai tengah malam tau... mujur la gim nie tutup jam 10.00 mlm.. kalau la 24 jam mahu jer kami bermalam kat sini.... hehehe.. berani ker ummi???
Anak soleh ni plak memang kami kena control memolek... macam-macam aksi dah dia buat... nama pun lelaki kan... so secara automatik, semua kakak2 dia exercise kejar adik... menarik tu..
sebelum balik kami sempat breakfast kat Kedai KCK... sebelah Pekan Sari baru tu.. :)... ayah memang order roti dan kopi jer, kami yang lain pandai-pandai la cari makanan special kat sini, best tuh.. tapi yang pasti cok kodok kami tapau bawak balik.... untuk ngonyel ngonyel dalam kereta nanti. Adus harus makin gemuk kalau ummi dok kat sini.... erm..... cop sebelum tu, just nak share, kat hotel nie setiap hari selepas jam 5.00 ptg kek nya akan jadi 50%, so ummi dan anak-anak yang hantu kek nie dok borong la tiap-tiap malam.... wah bahagia nyer kami... teringat pulak nak makan kek malam nie.... ish ish ish
lepas tuh kami singgah kat Hospital Kepala Batas, ayah ada keje sikit.. sementara tu kami pun explore la hospital nie.. tetiba terjumpa taman nie... apa lagi enjoy la Aunara... bersambung lah aktiviti dalam hutan bandar.Memang tak perasan kita kat hospital bila dok dalam hutan nie... so tak la kami terasa lama menunggu...
Apa-apa pun kami enjoy balik kampung... hehehe
Sunday, November 15, 2015
Konvo sana sini.....
Hoyey... Alynn pun dah konvo.. erm.. tapi matlamat ummi tak tercapai. Kononnya nak masukkan Alynn ke darjah 1 tahun 2016 tak kesampaian. Tu ler... ummi la yang salah, tak tengok anak belajar. .. erk.. erm.. yelah...
Tak per la... Alynn nanti sama-sama darjah 1 dengan Fatih, Tina dan Nazif.. huhuhu... berjuang lah anda....
Semoga Alynn success.... enjoy the photos... :)
masa nie Alynn merajuk.. sebab tak dapat pegang mike (gambar nie sebelum mengaji.. masa mengaji ummi tak ambil gambar).... ooo.. besar jugak harapan Aleena ek.. berani jugak dia.. tapi sudahnya dia dapat jugak pegang mike bila sesi nyanyian satu lagi....
penyokong @ pembantu @ penjaga adik yang sangat setia..... sedia menerima arahan.. hahahaha...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mereka....
Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...
-
Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...
-
Di suatu pagi ahad yang indah.... anak2 itu bangun dan terus menjerit.... uiek... kami lapar... ha ha ha... itu hanya sekadar ilusi ummi... ...
-
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...















