Monday, March 31, 2014

Pesawat Malaysia Hilang


Wahai diari...... pada ketika ini Malaysia digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370... berbagai spekulasi timbul dan bermacam andaian dibuat tentang kehilangan pesawat ini. Ummi dan AUNARA turut terasa terkesan.. kami tidak mempunyai sahabat mahupun rakan taulan di dalam pesawat ini.... cuma yang ada hanyalah perasaan yang mungkin sama dengan waris penumpang rasakan. 

Namun begitu,ummi bersyukur rupa-rupanya anak-anak ummi telah melakukan solat hajat di sekolah untuk menemukan semula pesawat ini dan Aleena pula turut telah berdoa untuk mereka... Alhamdulillah... tak sangka mereka ini telah ditanamkan dengan perasaan saling mengambil berat antara satu sama lain.Semoga sikap saling menyayangi dan menghormati antara sesama insan akan terus kekal hingga akhir hayat...


Saturday, March 15, 2014

Baby.....!!!!!


Alhamdulillah AUNARA akan dapat adik lagi.....

Bahagia ummi kerana diberi peluang lagi untuk mengandung.... dan pastinya AUNARA tak sabar nak tunggu adik....

Maka pencarian barang2 bayi pun bakal bermula... nak beli sedebuk... pengsan la pulak... ini semua gara-gara barang2 lama dah diagih2 kan ke adik beradik..... so untung lah adik ini kerana dapat barang baru...

Cumanya kak alynn tertanya satu soalan cepu emas..... soalannya... ' mama... boleh tak baby nie keluar pastu jadi abang?'..... ala.... sedihnya... korang teringinkan abg yer... satu masa dahulu auni pun pernah bertanyakan soalan yg sama..... nak buat macam mana kan... rezeki kalian sebab semuanya perempuan... doakan yg ini lelaki yer....

Da... good night....

Wednesday, March 12, 2014

Jerebu sana sini...

Ya Allah jerebu sekali lagi!!!..... kebetulan kawasan pembuangan sampah pun terbakar baru2 ini.Dah la lokasinya sangat hampir dengan rumah.... apinya sangat marak dan menyebabkan bau asap melekat di sekeliling...

Nampak macam kabus.... tapi baunya.... ku semangat.....

Alynn faham akan situasi ini.... siap berpesan kepada kakak... jangan main di luar. Kalau nak jugak pakai penutup mulut... jerebu nie.... hehehe... terkebil2 kakak kena sound dengan adik... tapi dah lumrah anak2.. mana boleh duduk diam... dapat 3-4 round bawak basikal pun dah kira puas..... hanya doa yang mampu diberi agar segalanya kembali normal...

Pesan ustaz... buat la solat taubat dan solat hajat agar segala nya baik2 kembali.... anggaplah musibah ini hanya peringatan buat kita.

Wednesday, December 25, 2013

Kursus Bermula....

Kini ummi berada di KL.... berkursus untuk 6 minggu... erm... boleh ummi katakan beberapa hari sebelum berkursus bermacam-macam ada di fikiran ummi... sedih meninggalkan family dan ada sedikit semangat untuk berkursus. Ye la... ummi jarang berjauhan dengan AUNARA....

Tapi... pada hari pertama ummi dah mula sayu...

Tak sanggup berjauhan dengan mereka...

Cuma bahagianya sebab kursus ini diadakan pada hujung tahun dan banyak cuti yang tersepit.. wa... apa lagi kelas pun separuh2 sebab semua nak balik..rezeki ummi dan AUNARA kan...

Hari pertama jer kursus habis pukul 12.30 tgh hari... dan hari kedua cuti... wah.. apa lagi.. enjoy la ummi. Anak2 berada di kg....ummi pun balik la ke sana.. serasa dekatnyer KL dan Melaka.. hahahaha...

Dan hari ini... (pada masa coretan ini ditulis)... ummi dah berada kembali di KL... uuhhhh.... kejapnya rasa berlalu... dan ummi kembali seorang diri. 

Ya Allah... kuatkan lah Aku.... Aku rindukan mereka... namun ada tugasan harusku selesaikan.. selamatkan lah anak2, suami dan keluarga serta semua dikeliling mereka... Semoga engkau melindungi mereka dari segala kejahatan dan malapetaka..... Amenn....

Wednesday, December 4, 2013

Oh... Tidak....

Tinggal beberapa hari sahaja lagi ummi akan berada di pejabat ini.... banyak lagi yang tak siap..

Ya Allah bagikanlah ilham untuk menguruskan segala tugasan ini....

Amin... yok... buat keje...

Gambar kat bawah ni tiada kaitan cuma sebagai inspirasi untuk Ummi, Ayah dan AUNARA ke sana..

Wednesday, October 9, 2013

Petua Agar Suami Selalu Sayang Isteri


1. Berusaha dengan tulus dan ikhlas 'menyerahkan hidupnya' untuk berbakti kepada suami sambil berharap pahala Allah. Potensi yang dimilikinya, kedudukannya di masyarakat dan kesibukannya beraktivitas diluar rumah tidak membuat dirinya terlena dan lupa bahwa ia memiliki peluang meraih syurga Allah dengan berbakti kepada suaminya. "Apabila seorang perempuan menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan masuk syurga." (HR al-Bazzar).

Isteri seperti ini memiliki nilai yang tinggi di mata suaminya dan akan selalu dicintai suaminya. Berusaha untuk menjadi perempuan yang bersahaja dalam nafkah. Tidak banyak menuntut, menerima dengan rasa syukur betapa pun sedikitnya pemberian suami, dan tidak berlebihan dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Bila Anda sanggup selalu bersikap seperti ini, cinta suami akan selalu tercurah untuk Anda.

2. Sederhana dalam penampilan. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan wajah penuh riasan atau mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih memancarkan kecantikan perempuan. Tetapi ini tentu saja relatif, kerana itu, kenali kecenderungan suami Anda, apakah ia menyukai penampilan yang anggun atau yang sederhana? Kemudian setiap bersamanya, sesuaikan penampilan Anda dengan kecenderungannya itu. "Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu bila engkau memandangnya, mentaatimu bila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu bila engkau tidak di rumah" (HR Thabrani).

3. Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Adanya perselisihan atau perbezaan pendapat diantara suami isteri terkadang dapat memicu terjadinya pertengkaran kecil atau besar. Apabila anda menghadapi keadaan ini, ingatlah, anda sedang berhadapan dengan seseorang yang Allah berikan kepadanya hak yang sangat besar atas diri Anda. "Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya." (HR Ibnu Majah).

Oleh itu apa pun yang bergelojak di hati anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami anda.
"Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah s.w.t. membencimu. Sesungguhnya dia di sisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah dari mu untuk berkumpul dengan kami." (HR Ahmad).

Percayalah, isteri yang mampu bersikap seperti ini akan selalu dicintai suaminya. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Roda kehidupan selalu berputar, kadang manusia mengalami saat-saat yang menggembirakan dimana kehidupan berjalan sesuai dengan harapan. Adakalanya manusia mengalami hal yang sebaliknya. Nah, apapun keadaan yang dialami suami Anda, berusahalah menjadi pendampingnya yang setia. Di saat suka menjadi pengingat agar suami tidak terlena, disaat duka menjadi penglipur lara.

4. Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami di tempat tidur dan anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk anda.


Semoga semakin erat & bertambah kasih sayang suami pada isteri tercinta...

Tuesday, October 8, 2013

10 TIPS MENJADI ISTERI YANG TERBAIK DUNIA & AKHIRAT


Di bawah ini ada 10 tips yang boleh dijadikan amalan buat para wanita untuk menjadi isteri terbaik agar suami terus menyayangi dan memberikan perhatian kepada anda demi meraih kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga.
1 – Mencintai suami sepenuh hati. Apabila suami sedang mengalami saat kesusahan dan kejatuhan dalam kariernya, anda tetap mengharungi bersama malah anda menjadi orang yang sentiasa memberi kekuatan serta dorongan buatnya agar kembali bangkit.
2 – Meminta kebenaran dan menjaga maruah suami ketika anda ingin keluar dari rumah.
3 – Tidak membanding-bandingkan suami dengan orang-orang yang lebih kaya, berkedudukan dan berpangkat.
4 – Sentiasa setia, meletakkan kepercayaan dan menghormati peribadi suami. Janganlah anda cuba menjadi seperti Pegawai Kastam yang selalu memeriksa telefon bimbit, akaun facebook, twitter, email dan sebagainya.
5 – Mengisi masa yang terluang bersama suami dengan bertukar-tukar pendapat dan fikiran penting demi kelestarian hubungan rumahtangga anda.
6 – Bila melihat suami dalam kepenatan, pamerkan sikap manja anda dengan menawarkan dia pertolongan misalnya memotongkan kuku dia, mengurut, membelai dan sebagainya.
7 – Dalam apa jua keadaan, tunjukkan sikap kesederhanaan anda. Misalnya, apabila anda berdua pergi membeli-belah janganlah meminta-minta suami barangan yang ingin dibeli itu diluar dari kemampuannya.
8 – Sentiasa mendahulukan dan menghormati apa jua pandangan suami. Andai anda tidak bersetuju dengan cara pemikirannya, bawalah berbincang secara berhemah kerana anda perlu yakini bahawa suami anda adalah pemimpin keluarga.
9 – Jangan cepat melatah atau merajuk jika usikan suami anda itu terlebih-lebih. Sambutlah jenaka suami dengan penuh tawa dan sekali-sekala anda pula mengusik suami.
10 – Pandai berhias tetapi tidak perlulah bersolek terlalu ‘over’. Memadailah cukup sekadar sedap suami mata memandang apabila keluar dari rumah. Tetapi, jika anda berada di rumah, solek dan peragakan pakaian yang seksi-seksi (jangan asik pakai kain batik saja) agar suami anda itu sentiasa geram dan sering melekat di rumah demi untuk anda juga.
Semoga tips-tips ini dapat menyemai kasih sayang dan suami akan semakin bertambah sayangnya kepada anda. 

Mereka....

  Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...