Wednesday, December 25, 2013

Kursus Bermula....

Kini ummi berada di KL.... berkursus untuk 6 minggu... erm... boleh ummi katakan beberapa hari sebelum berkursus bermacam-macam ada di fikiran ummi... sedih meninggalkan family dan ada sedikit semangat untuk berkursus. Ye la... ummi jarang berjauhan dengan AUNARA....

Tapi... pada hari pertama ummi dah mula sayu...

Tak sanggup berjauhan dengan mereka...

Cuma bahagianya sebab kursus ini diadakan pada hujung tahun dan banyak cuti yang tersepit.. wa... apa lagi kelas pun separuh2 sebab semua nak balik..rezeki ummi dan AUNARA kan...

Hari pertama jer kursus habis pukul 12.30 tgh hari... dan hari kedua cuti... wah.. apa lagi.. enjoy la ummi. Anak2 berada di kg....ummi pun balik la ke sana.. serasa dekatnyer KL dan Melaka.. hahahaha...

Dan hari ini... (pada masa coretan ini ditulis)... ummi dah berada kembali di KL... uuhhhh.... kejapnya rasa berlalu... dan ummi kembali seorang diri. 

Ya Allah... kuatkan lah Aku.... Aku rindukan mereka... namun ada tugasan harusku selesaikan.. selamatkan lah anak2, suami dan keluarga serta semua dikeliling mereka... Semoga engkau melindungi mereka dari segala kejahatan dan malapetaka..... Amenn....

Wednesday, December 4, 2013

Oh... Tidak....

Tinggal beberapa hari sahaja lagi ummi akan berada di pejabat ini.... banyak lagi yang tak siap..

Ya Allah bagikanlah ilham untuk menguruskan segala tugasan ini....

Amin... yok... buat keje...

Gambar kat bawah ni tiada kaitan cuma sebagai inspirasi untuk Ummi, Ayah dan AUNARA ke sana..

Wednesday, October 9, 2013

Petua Agar Suami Selalu Sayang Isteri


1. Berusaha dengan tulus dan ikhlas 'menyerahkan hidupnya' untuk berbakti kepada suami sambil berharap pahala Allah. Potensi yang dimilikinya, kedudukannya di masyarakat dan kesibukannya beraktivitas diluar rumah tidak membuat dirinya terlena dan lupa bahwa ia memiliki peluang meraih syurga Allah dengan berbakti kepada suaminya. "Apabila seorang perempuan menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan masuk syurga." (HR al-Bazzar).

Isteri seperti ini memiliki nilai yang tinggi di mata suaminya dan akan selalu dicintai suaminya. Berusaha untuk menjadi perempuan yang bersahaja dalam nafkah. Tidak banyak menuntut, menerima dengan rasa syukur betapa pun sedikitnya pemberian suami, dan tidak berlebihan dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Bila Anda sanggup selalu bersikap seperti ini, cinta suami akan selalu tercurah untuk Anda.

2. Sederhana dalam penampilan. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan wajah penuh riasan atau mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih memancarkan kecantikan perempuan. Tetapi ini tentu saja relatif, kerana itu, kenali kecenderungan suami Anda, apakah ia menyukai penampilan yang anggun atau yang sederhana? Kemudian setiap bersamanya, sesuaikan penampilan Anda dengan kecenderungannya itu. "Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu bila engkau memandangnya, mentaatimu bila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu bila engkau tidak di rumah" (HR Thabrani).

3. Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Adanya perselisihan atau perbezaan pendapat diantara suami isteri terkadang dapat memicu terjadinya pertengkaran kecil atau besar. Apabila anda menghadapi keadaan ini, ingatlah, anda sedang berhadapan dengan seseorang yang Allah berikan kepadanya hak yang sangat besar atas diri Anda. "Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya." (HR Ibnu Majah).

Oleh itu apa pun yang bergelojak di hati anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami anda.
"Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah s.w.t. membencimu. Sesungguhnya dia di sisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah dari mu untuk berkumpul dengan kami." (HR Ahmad).

Percayalah, isteri yang mampu bersikap seperti ini akan selalu dicintai suaminya. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Roda kehidupan selalu berputar, kadang manusia mengalami saat-saat yang menggembirakan dimana kehidupan berjalan sesuai dengan harapan. Adakalanya manusia mengalami hal yang sebaliknya. Nah, apapun keadaan yang dialami suami Anda, berusahalah menjadi pendampingnya yang setia. Di saat suka menjadi pengingat agar suami tidak terlena, disaat duka menjadi penglipur lara.

4. Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami di tempat tidur dan anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk anda.


Semoga semakin erat & bertambah kasih sayang suami pada isteri tercinta...

Tuesday, October 8, 2013

10 TIPS MENJADI ISTERI YANG TERBAIK DUNIA & AKHIRAT


Di bawah ini ada 10 tips yang boleh dijadikan amalan buat para wanita untuk menjadi isteri terbaik agar suami terus menyayangi dan memberikan perhatian kepada anda demi meraih kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga.
1 – Mencintai suami sepenuh hati. Apabila suami sedang mengalami saat kesusahan dan kejatuhan dalam kariernya, anda tetap mengharungi bersama malah anda menjadi orang yang sentiasa memberi kekuatan serta dorongan buatnya agar kembali bangkit.
2 – Meminta kebenaran dan menjaga maruah suami ketika anda ingin keluar dari rumah.
3 – Tidak membanding-bandingkan suami dengan orang-orang yang lebih kaya, berkedudukan dan berpangkat.
4 – Sentiasa setia, meletakkan kepercayaan dan menghormati peribadi suami. Janganlah anda cuba menjadi seperti Pegawai Kastam yang selalu memeriksa telefon bimbit, akaun facebook, twitter, email dan sebagainya.
5 – Mengisi masa yang terluang bersama suami dengan bertukar-tukar pendapat dan fikiran penting demi kelestarian hubungan rumahtangga anda.
6 – Bila melihat suami dalam kepenatan, pamerkan sikap manja anda dengan menawarkan dia pertolongan misalnya memotongkan kuku dia, mengurut, membelai dan sebagainya.
7 – Dalam apa jua keadaan, tunjukkan sikap kesederhanaan anda. Misalnya, apabila anda berdua pergi membeli-belah janganlah meminta-minta suami barangan yang ingin dibeli itu diluar dari kemampuannya.
8 – Sentiasa mendahulukan dan menghormati apa jua pandangan suami. Andai anda tidak bersetuju dengan cara pemikirannya, bawalah berbincang secara berhemah kerana anda perlu yakini bahawa suami anda adalah pemimpin keluarga.
9 – Jangan cepat melatah atau merajuk jika usikan suami anda itu terlebih-lebih. Sambutlah jenaka suami dengan penuh tawa dan sekali-sekala anda pula mengusik suami.
10 – Pandai berhias tetapi tidak perlulah bersolek terlalu ‘over’. Memadailah cukup sekadar sedap suami mata memandang apabila keluar dari rumah. Tetapi, jika anda berada di rumah, solek dan peragakan pakaian yang seksi-seksi (jangan asik pakai kain batik saja) agar suami anda itu sentiasa geram dan sering melekat di rumah demi untuk anda juga.
Semoga tips-tips ini dapat menyemai kasih sayang dan suami akan semakin bertambah sayangnya kepada anda. 

Wednesday, May 22, 2013

Dah Bersawang Blog Ummi nie...

Lamanya la tak update..... kalau nak buat sekarang memang la tak sempat.... berkarung-karung cerita nak dicoretkan.. chewah.... biarkan dulu yer. Apa-apa pun.... hidup kena enjoy.

Ada masa ummi berceloteh disini yer....

Wednesday, April 17, 2013

Rhodochrosite


Cantik kan batu nie.... mulanya ummi pun tak percaya, ingatkan buatan.. tapi betul rupanya. Puas di belek baru percaya....  keterangan tentang batu ni ada dibawah yer.....



Monday, March 25, 2013

Tatkala Soalan Diajukan

Ummi tak sangka rupanya ada yang memikirkan tentang perbelanjaan ummi dan ayah. Dah banyak kali soalan ini diajukan. Jawapan ummi hanya meminta agar beliau mendoakan segalanya mudah dan ummi serta ayah dimurahkan rezeki...

Kalau nak tahu, yang bertanya ini adalah Auni... anak yang sangat prihatin kepada semua perkara. Bulan lepas beliau bertanyakan tentang perbelanjaan yuran sekolahnya. Soalannya mudah.. berapa jumlah bil sekolah kakak dan adik2... dan soalan kedua.. ummi dan ayah ada ke duit? Nada suaranya agak sayu, dan ummi dapat rasakan yang beliau sangat risau sekiranya ummi dan ayah tidak kecukupan kewangan...

Dan semalam tiba-tiba terpacul dari mulutnya dengan kata-kata 'Ummi... kakak sedih bila tengok ummi dan ayah keluarkan duit'... bila ditanya kenapa, beliau senyap...agaknya apa yer difikirannya.... nanti ummi selidik yer...

Balik kepada cita-cita beliau... semalam juga beliau menyatakan hasrat untuk menyambung belajar di Mesir. Katanya beliau minta ummi temankan. Ummi tak perlu buat apa2... ummi duduk jer tunggu kakak belajar. Nanti kakak simpan duit dan kakak nak beli rumah di sana.... Jawapan ummi mudah... kakak doa yer... Insya Allah kakak akan dapat. Agaknya tercapaikah hasrat anak ini.. Tinggal lagi 2 tahun untuk beliau ke tingkatan 1. Dan sanggupkah ummi lepaskan beliau.....??

Hanya Allah sahaja yang tahu perjalanan hidup ini... tapi ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja... hidup perlukan perancangan dan cita-cita, dapat atau tidak adalah urusan Dia....

Luv

UMMU AUNARA

Mereka....

  Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...