terasa sangat beruntung ummi hari nie kerana diminta untuk menghadiri perasmian hari inovasi di SMK TTJ. Untungnya sebab ummi diberi semangat untuk bekerja dan mendidik anak. Ucapan perasminya sangat padat, walaupun dianya adalah seorang ahli politik, tapi sikit pun dia tidak menyentuh tentang politik.... antara amanahnya adalah :-
- kepada guru - didiklah anak2 murid dengan baik dan ikhlas, kalau tidak kamu akan berdosa sebab didikan yang diberikan akan menjadi ikutan anak murid, jika baik... baik lah mereka.. kalau tak baik.. berdosalah kamu
- kepada ibu bapa pula - bagilah perhatian kepada anak2 dan kenalilah guru mereka.... bila guru kenal mak ayah, guru akan seronok mengajar anak, dan anak akan malu untuk buat yang tak baik...
wow... ada lagi sebenarnya.... tapi ummi nie baik lah sangat... tak pulak dibawanya pena mahupun kertas...
walau apa pun.... masa bersama anak2 adalah saat yang paling indah.. tatkala ucapan ini diberi, terasa bersemangat untuk ummi pulang ke rumah dan menyediakan segala kelengkapan AUNARA...semoga Allah memberi kesabaran yang berterusan kepada ummi.....
terima kasih Allah....
Thursday, October 4, 2012
Wednesday, September 26, 2012
Jalan-jalan Hujung Minggu
Apa yang menarik.... kami kena beli tiket sebagaimana check in kapal terbang, mula2 tu heran jugak, ngape la gini rupanya... itukan dah satu kerjaya, ha ah ek..... So, Masing-masing dapat cheque 50 kidos seorang, ini untuk kanak2 jer tau, mak pak tak der..... jadinya mereka kenalah cashkan cheque tadi, gelihati jugak tengok bebudak nie beratur nak 'clearkan cheque'.. he he he. Tapi duit tu untuk belanja tau... cumanya kalau nak banyak lagi kena lah kerja.... So, apa lagi, bekerja la mereka dengan semangatnya... apa ek yg dapat mereka rasa... mereka dapat menjadi doktor, jurnalis, IT team, fire fighter serta dapat belajar buat sandwish dan oreo.... Alynn pulak??? erm... berkepit la dia dengan ummi, masa nie lah ummi rasa biarlah adik cepat besar.. eeeeeeee............ geram.
Jadinya... apa yang mereka impikan kebanyakkan nya dapat.. tapi adatla ada jugak yang kecewa kerana bekejar dengan masa. Seawal 10 pg kami dah sampai di muka pintu Kidzania sampailah ke jam 3ptg. Itupun dipaksa pulang oleh pekerja disana sebab ingin memberi peluang kepada sesi lain. Bila diajak pulang, masing-masing mengeluh... nak bekerja lagi katanya... taaapiiiiiii............ tak boleh, kena balik jugak. Huhuhu... pulang la mereka dengan gembira walaupun dalam hati berkobar-kobar lagi nak cuba semua pekerjaan. Sampai di dalam kereta...... dah sempat beberapa minit semua dah shahid kecuali ayah... mesti lah kan.. driver mana boleh tidur....
Thursday, September 20, 2012
Dah besar dah Alynn
Gambar nie adalah antara koleksi gambar selepas Alynn lahir. Mujur sempat sebab nurse tak bg ambil gambar dalam ward..... hehehe.... terus ummi suruk kamera.
Dan sekarang Alynn dah 2 tahun ++... dah pandai cakap dan paling Alynn suka adalah berzikir sambil duduk-duduk... Alhamdulillah...
Tuesday, September 18, 2012
Adakah ini suatu penderaan....
Adakah ummi mendera mereka???
Sebagaimana biasa Auni akan membantu ummi menyediakan peralatan sekolah Alynn... adik2 yang lain buat sendiri. Dan sekarang mereka telah ditetapkan untuk menjemur dan mengangkat baju? So ... adakah ini suatu penderaan buat anak2 bawah umur????
Tapi.... ummi perlukan bantuan mereka. Dan walaupun dalam terpaksa mereka akan menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.. Pada masa ini baru perasan kenapa diberikan ramai anak perempuan. Hehehe.. Sebenarnya kenalah bersyukur atas segala pemberian tuhan dan bersangka baik atas semua yang telah diberikan.
Sememangnya segala pemberian tuhan adalah yang terbaik buat semua. Cuma kita antara sedar dan tidak jer.... Syukur lah atas segalanya....
Tuesday, September 11, 2012
Raya di Ofis.....
So.. ini adalah sebahagian dari kenangan Hari Raya..... tak over kan???
Hadiah ini untuk semua orang dari kelab.... bila balik rumah AUNARA tengok gambar ini dan tanya.. 'Ummi dapat i-pad ke?'... hehehe.. bukan lah .. itu frame gambar... nampak macam i-pad je...
Sahabat handai tatkala suka dan duka....
Rakan seunit bersama Big Bos... mereka adalah penyokong setia....
Ummi dan bakal Ibu.... semoga mendapat anak soleh solehah....
Kembar ummi.... erm... makin 'kecik' pulak ummi nie.... hahaha
tengah syok belek2 gambar ofis... ummi jumpa plak kereta nie... agaknya siapa lah punya keje nie kan??? ada minat??? ha ha ha...
Disinilah rezeki ummi dan anak-anak... semoga mendapat keberkatan Nya dan semoga diberi kekuatan untuk ummi meneruskan kerja. Apa-apa pun hidup kena enjoy....
Wednesday, September 5, 2012
Alynn di Hospital
Tetiba hari ahad adik demam.... tinggi jugak suhunya... erm... itu atas agakkan ummi yang semata2 meletakkan tangan di atas badan adik..... adik muntah sedikit dan agak lesu... kak aira pun macam tu... so hari isnin selepas menghantar kakak dan husna ke sekolah ummi pun ke klinik biasa... tapi ramainya pesakit.... memandangkan mereka agak lesu ummi pun ke hospital Salam... harapan ummi cukup sekadar mengambil ubat dan balik.. sebab ummi nak monitor sendiri mereka di rumah... taaaappppiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........ adik kena tahan... tinggi suhu badan adik... kata doktor... ades... dalam kepala ummi macam-macam fikir... macam mana nak ambil kakak dan husna.. dia org sekolah pulak tu... nak jaga adik lagi... rumah lagi... ermmmmmmmmmm................ tapi Alhamdulillah semua itu selesai dengan bantuan keluarga... thanks semua... hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa kalian.
tag nya di kaki...
![]() |
| nangis sebab tak selesai.... |
rupa-rupanya adik merindui ayah... Alhamdulillah dia ceria dan sihat bila dapat layanan ayah..
Adik melayan peningnya....
Tapi sedih adik bertukar gembira bila ayah dan kakak-kakak ada.... ceria betul adik... rupa-rupanya ada juga yang rindukan adik.. baru semalaman tak jumpa dah ada yang menangis dalam diam.. hehehe.. sorry yer.. anda terkantoi oleh adik anda sendiri... masing-masing nak jaga adik.. untung ummi ... tapi bila ditanya soalan kenapa suka gaduh kalau bertemu... jawapan mereka... saje suka tengok adik marah.... ish.. korang tahu tak... kalu korang gaduh ummi pening kepala..???
Apa-apa pun.... keluarga kami lengkap pada minggu ini..... gembiranya mereka.....
Monday, September 3, 2012
Majlis Khatam Al-Quran
Alhamdulillah.... auni dan husna telah berjaya menghabiskan sesi mengaji mereka di sekolah. Auni telah khatam tahun 2011 dan husna pula pada tahun ini.... so memandangkan majlis potong jambul dan kenduri doa selamat akan diadakan di rumah ueik.. maka kami pun menumpang sama majlis ini.
Masing-masing khusyuk membaca al-quran... comel2 mereka kan???
walaupun ayah jauh... tapi skype telah mendekatkan mereka dengan ayah... dan ayah dapat melihat majlis ini .... Alhamdulilllah....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mereka....
Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...
-
Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...
-
Di suatu pagi ahad yang indah.... anak2 itu bangun dan terus menjerit.... uiek... kami lapar... ha ha ha... itu hanya sekadar ilusi ummi... ...
-
Anak-anak akan happy setiap kali hari lahirnya tiba... dan untuk semua ibu / umi / mak dan lain-lain pasti masa tu.... mereka akan teringat...





