Sunday, May 20, 2012

Rindu Pada Mereka...

Tiba-tiba hari ini ummi rasa rindu sangat pada AUNARA. Mana tak nyer...semalam dan hari sabtu lepas ummi dan aunara asyik berkepit jer... sambil main-main dengan fatih. Meriah rasanya.

Minggu nie juga ada pameran hot air ballons di Paroi. Puas kakak pujuk ummi untuk ke sana. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak kakak pergi. Tak terkata gembiranya kakak sepanjang jalan nak ke sana. Adik2 lain semua dah tidur... he he he.. dari Warisan Puteri ke Ampangan jer pun boleh tidur. Tu nak bagi tahu betapa penatnya mereka... nak si kakak pula senyum memanjang.. erm.. puas hati ummi bila dapat sampaikan hajat anak2. Kalau tak terasa terkilan.

So sampai la di tempat program. Tiba-tiba kakak terkejut ... "ummi kenapa khemah tu?".. rupa-rupanya khemah dah terbalik akibat hujan lebat dan angin yang sangat kuat. So kata ummi pada kakak... "Alhamdulillah, ada hikmah kita datang lambat kan.. kalau tak kita pun kena hujan tadi". Kakak pun redha dan faham. Cuma satu jer.. hot air ballons tu ada hari sabtu jer. Hari Ahad dah tak der.. Maaf yer kakak.. Kalau ada lagi program nie di tempat lain kita pergi yer.

Setelah jalan-jalan dan bermain di tempat permainan kami pun pulang. Kakak puas hati walaupun apa yang dihajati tak kesampaian. Adik-adik lain pun gembira dan mereka pulang dengan bahagia.

Riuh rendah mereka membuatkan ummi rindu mereka pada masa ini.....

Luv all of u so much...

Tuesday, May 15, 2012

Gembiranya Mereka..


Seperti biasa kembalinya dari sekolah, macam-macam cerita yang akan ummi dengar. Tak sabar masing-masing nak bercerita. Entah kenapa semalam cerita punya cerita sampailah Aira tergelak besar.... ini semua kerana telah berjaya mengenakan Husna... seronok betul dia. Merah padam muka dia gelak... Erm... masa tu rasa penat kerja pun hilang.... mereka gembira menempuh masa masa yang ada.

Cuma ada pesanan dari mereka untuk ummi hari ini............ pastikan mereka ada bunga untuk dibawa ke sekolah esok... sebab ada gotong royong... ok lah... sorang bunga kertas, sorang bunga loceng dan sorang bunga puding.... atau perlu ummi beli satu yang besar untuk mereka kongsi??? idea.. idea..

Sunday, May 13, 2012

Happy Birthday Ayah...

Akhirnya hari yang mereka tunggu tunggu pun sampai. Dah macam macam persiapan mereka buat. Yela.. nak jumpa ayah memang susah... nak adakan masa dengan ayah apatah lagi.. so memang sesangatlah sukanya mereka bila ayah balik.... nak pulak tu kena dengan tarikh hari jadi ayah.. lagi la mereka exited.

Petang jumaat tu mereka order kek dengan wek.... ha ha ha.. order pakai air liur jer.. tak bayar pun. Sabo je la ummi. Untung la korang ada tukang buat kek. Kalau tak jenuh kena simpan duit lagi untuk beli kek pulak kan?

Ha.. inilah kek untuk ayah.. cheese cake lagi.. erm..

hu hu hu... makanan nyer... best kan??

Masa untuk potong kek dah tiba.. hah. amik kau pisaunya sepanjang pedang.... sekali potong terbelah dua kek tuh .. he h ehe

Ini persembahan anak-anak.. ceriakan.. sebulan tau mereka praktise menyanyi nie.... untungnya ayah..

Yang nie plak.. turn pak su.. hari tu dia masak lamb chop lagi... best tau.... tapi bila ayah sebut dia selalu makan kambing kat brunei terasa plak ummi... kalau tahu masak benda lain... erm.... tak pe la.. lain kali ayah kena pilih menu sendiri yer... kita org buatkan jer...

Apa-apa pun semua happy.. anak-anak apatah lagi.. untung ayah... kalau macam nie ummi pun nak outstation jugak la.. bila jarang jumpa banyak sikit surprise.. kan ayah.... lepas nie.. ayah pulak jaga anak yer. Bagi chance ummi pulak tau... ha ha ha

Thursday, May 10, 2012

Pabila Ayah Berkaca Mata


Akhirnya ayah pasrah dan memerlukan teman untuk melihat.. he he he. tu la.. dulu jual mahal kan... tapi tak per. masih ada masa lagi. 'Baru nampak' kata ayah.. ha ha ha.. kenapa? selama nie kabur yer...

Ok ayah.. selamat datang ke alam teman berteman..... semoga pening ayah dah hilang... :)

Happy Birthday In Advance Ayah...


Aunara sangat prihatin pasal tarikh..... nak nak bila mereka tahu yang hari lahir ayah akan hampir.. sanggup mereka berjimat duit belanja untuk belikan hadiah ayah... erm... sampai masanya mereka ke supermarket... sebelum tu macam macam yang mereka rancang untuk beli... sambil tu mereka masih mengeluh kerana duit simpanan hanya ada RM 25.00. Apa la yer ummi yang boleh belikan untuk ayah??? itu soalan mereka.. dan setiap hari mereka akan memaklumkan kepada ummi jumpa simpanan mereka.... kesian pun ada.. ikut kan nak jer ummi cakap.. tak pe biar ummi belikan untuk ayah... tapi mereka tidak setuju.. mereka sanggup berkongsi makanan untuk simpan duit belanja sekolah... Alhamdulillah...

Akhirnya mereka pun pergi membeli belah .. pilihannya adalah kemeja T untuk ayah... sambil memilih.. mulut masih mengomel.. katanya mahalnya semua kemeja tu.... sampai lah pada satu rak mereka jumpa kemeja bernilai RM20.00. Seronok bukan main mereka... maka sesi pemilihan pun bermula. Dan mereka memilih kemeja merah untuk ayah... nanti ummi uploadkan gambar ayah pakai kemeja tu yer..

Apa-apa pun.. ummi bangga kerana mereka bersatu hati.. semoga kesatuan ini akan kekal hingga ke syurga... Ummi dan ayah sayang kalian....

Saturday, May 5, 2012

Erm.... rehat seketika

Diam Ketika Makan


Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!"





Solat


pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

Apa itu???





Mereka....

  Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...