Sunday, May 13, 2012

Happy Birthday Ayah...

Akhirnya hari yang mereka tunggu tunggu pun sampai. Dah macam macam persiapan mereka buat. Yela.. nak jumpa ayah memang susah... nak adakan masa dengan ayah apatah lagi.. so memang sesangatlah sukanya mereka bila ayah balik.... nak pulak tu kena dengan tarikh hari jadi ayah.. lagi la mereka exited.

Petang jumaat tu mereka order kek dengan wek.... ha ha ha.. order pakai air liur jer.. tak bayar pun. Sabo je la ummi. Untung la korang ada tukang buat kek. Kalau tak jenuh kena simpan duit lagi untuk beli kek pulak kan?

Ha.. inilah kek untuk ayah.. cheese cake lagi.. erm..

hu hu hu... makanan nyer... best kan??

Masa untuk potong kek dah tiba.. hah. amik kau pisaunya sepanjang pedang.... sekali potong terbelah dua kek tuh .. he h ehe

Ini persembahan anak-anak.. ceriakan.. sebulan tau mereka praktise menyanyi nie.... untungnya ayah..

Yang nie plak.. turn pak su.. hari tu dia masak lamb chop lagi... best tau.... tapi bila ayah sebut dia selalu makan kambing kat brunei terasa plak ummi... kalau tahu masak benda lain... erm.... tak pe la.. lain kali ayah kena pilih menu sendiri yer... kita org buatkan jer...

Apa-apa pun semua happy.. anak-anak apatah lagi.. untung ayah... kalau macam nie ummi pun nak outstation jugak la.. bila jarang jumpa banyak sikit surprise.. kan ayah.... lepas nie.. ayah pulak jaga anak yer. Bagi chance ummi pulak tau... ha ha ha

Thursday, May 10, 2012

Pabila Ayah Berkaca Mata


Akhirnya ayah pasrah dan memerlukan teman untuk melihat.. he he he. tu la.. dulu jual mahal kan... tapi tak per. masih ada masa lagi. 'Baru nampak' kata ayah.. ha ha ha.. kenapa? selama nie kabur yer...

Ok ayah.. selamat datang ke alam teman berteman..... semoga pening ayah dah hilang... :)

Happy Birthday In Advance Ayah...


Aunara sangat prihatin pasal tarikh..... nak nak bila mereka tahu yang hari lahir ayah akan hampir.. sanggup mereka berjimat duit belanja untuk belikan hadiah ayah... erm... sampai masanya mereka ke supermarket... sebelum tu macam macam yang mereka rancang untuk beli... sambil tu mereka masih mengeluh kerana duit simpanan hanya ada RM 25.00. Apa la yer ummi yang boleh belikan untuk ayah??? itu soalan mereka.. dan setiap hari mereka akan memaklumkan kepada ummi jumpa simpanan mereka.... kesian pun ada.. ikut kan nak jer ummi cakap.. tak pe biar ummi belikan untuk ayah... tapi mereka tidak setuju.. mereka sanggup berkongsi makanan untuk simpan duit belanja sekolah... Alhamdulillah...

Akhirnya mereka pun pergi membeli belah .. pilihannya adalah kemeja T untuk ayah... sambil memilih.. mulut masih mengomel.. katanya mahalnya semua kemeja tu.... sampai lah pada satu rak mereka jumpa kemeja bernilai RM20.00. Seronok bukan main mereka... maka sesi pemilihan pun bermula. Dan mereka memilih kemeja merah untuk ayah... nanti ummi uploadkan gambar ayah pakai kemeja tu yer..

Apa-apa pun.. ummi bangga kerana mereka bersatu hati.. semoga kesatuan ini akan kekal hingga ke syurga... Ummi dan ayah sayang kalian....

Saturday, May 5, 2012

Erm.... rehat seketika

Diam Ketika Makan


Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!"





Solat


pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

Apa itu???





Monday, April 23, 2012

Alynn Sakit Mulut

Tetiba Alynn tak nak bercakap dan tak aktif seperti biasa.... rupanya ulser penuh dimulut dia. Tapi dia tak tahu nak cakap.. cuma yang boleh dia hanya tunjuk yang mulutnya sakit. Kesian Alynn.... 


Tengok tuh... dia rapatkan mulut dia.. nak makan pun nangis.... so sepanjang weekend tu dia berkepit dengan ummi... erm.... macam kanggaroo... kalau lapar.. dia minta susu.... itu jer la yang boleh masuk dalam mulut dia.. yang lain.. kalau dia teringin pun dia cukup sekadar rasa... pastu menangis mengadu sakit... kesian adik.. apa-apa pun adik dah sihat.. Alhamdulillah... sekarang tengah qada' makan... he he he..


Sunday, April 22, 2012

Ke KLIA

Ini adalah sebahagian dari koleksi gambar AUNARA semasa menghantar ayah ke KLIA... pada masa ini mereka kelihatan enjoy... tunggu la 3 miggu selepas itu.. mesti ada ayat-ayat... "Ummi Affa rindu la kat ayah.. bila ayah nak balik".. Aira pulak. "Aira pun rindukan ayah"... dan yang paling ummi tak tahan.. "Ummi.. kakak tak terkata rindu pada ayah".... erm??? 

Apa-apa pun ayah bukan pergi sesajer jer kan.... Mungkin betul pepatah ada menyebut... untuk mendapatkan sesuatu harus ada pengorbanan... cuma AUNARA kena kuat... kerana pada masa ini AUNARA sedang membesar dan sangat-sangat perlukan perhatian, bimbingan dan doa.... Dan semoga 3 perkara ini milik kalian... dan pastinya AUNARA lebih berdikari selepas ini...






Mereka....

  Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...