Thursday, July 9, 2009

Kebanggaan Kami


Inilah dua insan yang membesarkan ummi dan adik-adik dengan disiplin dan kasih sayang. Hasilnya kami adik beradik berjaya di Universiti dan kerjaya. Ummi ingat lagi, masa kecil papa memang garang, tapi garangnya bersebab, sebab kami tak belajar dan asyik tengok tv. Sudahnya sampai sekolah menengah tv kami tv hitam putih. Tiap kali kami nak exam merekalah yang akan bangun solat hajat tahajud dan berpuasa di siang hati. Tak tahulah boleh ke ummi buat macam mereka.

Selain daripada itu, mereka orang yang rajin membantu, so tak hairanlah kenapa anak-anaknya berjaya. Papa sanggup habiskan duit dan tenaga untuk tolong orang untuk ke Mekah dan lain-lain. Sanggup ke ummi.... entah la.. silap hari bulan kalau la orang lain mesti dia kata menyusahkan dia jer... tapi bagi papa dan mama benda tu ibadah, nanti Allah yang balas. Mereka tak pernah bantah untuk membantu walaupun kadang kala orang yang meminta tolong tu selalu menyakitkan hati mereka. Sabarnya mereka.

Satu lagi paling best kalau pergi rumah dia. Pasti tetamu yang datang tu kenyang dan seronok sebab makanan mesti banyak. Kalau cakap nak datang esok, malam nie dia orang dah prepare dan pastinya segala aktiviti sosial akan dia orang batalkan. Tak kiralah sukan ke apa ker? Janji tetamu dia orang seronok. Papa pernah pesan kat ummi, kalau layan tetamu makan jangan makan cepat sangat, nanti tetamu segan nak tambah. Sebab tu kalau makan dengan dia orang mesti dia orang makan slow dan pastinya tetamu akan tambah dan makan sampai kenyang. Sebab bagi mereka, tetamu membawa rezeki dan pahala. Susahkan nak jadi macam dia orangkan. Kadangakala orang sekarang tetamu datang pun boleh buat tak tahu jer. Kengkadang tu siap takut tak dapat makan. Sedih kan? Semoga anak-anak ummi dapat dididik sebagaimana mereka mendidik ummi.

Satu lagi papa memang terkenal dengan lurusnya semasa bekerja. Sebab tu agaknya orang takut nak ambil kesempatan pada dia. Dia tak pernah mengeluh walaupun tertinggal berbanding kawan-kawannya yang lain. Pernah ummi mengeluh kerana gaji suatu masa dulu, papa marah, katanya gaji dan pangkat adalah milih Allah, Dia yang memberi, so kita kena bersyukur. Malahan papa selalu pinta supaya adakan sujud syukur setiap kali dapat gaji. Sabarnya mereka. Semoga Allah bukakan hati ummi untuk menjadi seperti mereka dan supaya dapat didik anak-anak ummi macam mereka mendidik ummi dan adik-adik. Amin............

Monday, June 29, 2009

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak...
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak...
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka...

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang' manusia...
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya...
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak... Jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu... Layanlah suami..."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda: "Berjimak dgn isteri itu pahala ..." Jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….Ingat tu si isteri ye!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung,
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis...
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
Jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah...
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga...
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur...
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami,
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung...


Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat,
Dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari...
Contohnya,
Bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. . Ganjaran Alah ke atasnya jua...


Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,
Dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,

Jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga...
Di dunia lagi,
Kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu,
Tambah lagi di akhirat...

Kalau seorang isteri asyik merungut,
Mulut selalu muncung
terhadap suami,
Dia tak akan dapat pahala extra ini...


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah,
Segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik,
Dia akan tanggung,
Ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain...


Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat

Allah agar tidak derhaka denganNya...


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki...
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,
Juga bukan dari tapak
kaki...
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,
Lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,
Dekat dengan hati lelaki untuk disayangi...


Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him...


"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu....
kamilah hamba yang mengharap belas darimu .....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ...
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"...... .


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"



Thursday, June 25, 2009

Hamil.......

Alhamdulillah..... sekiranya ada rezeki hujung tahun nie AUNARA dapat baby.... so apa jadi ek dah bukan AUNARA la kan? Mungkin AUNARA--... tunggu.....

Anyway banyak benda yang ummi kena buat, antaranya :-
- banyak kan mengaji (makanan minda)
- jaga pandangan
- jaga hati
- kawal pergerakan supaya tak terdedah
- tidak bergaul dengan orang yang boleh menjejaskan kebersihan minda, mata dan lidah
- jaga solat
- sentiasa positif
- tidak dengki dan busuk hati
- ikhlas....
- dan semua yang baik-baik semoga anak ini menjadi anak yang soleh.... Amin

tapi tak kan ummi jer kan? ayah pun kena buat... betul tak?

Langkawi...











Gambar nie diambil tahun lepas.... tapi tahun nie baru jumpa balik....

Monday, June 22, 2009

Petikan Kata-kata Hikmah

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat, maka ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan kedamaian.

Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya, sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.

Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosakkan dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri.

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.

Mengikut adap kesopanan, tetamu yang tidak mnenghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati.
(hamka)

Sunday, May 3, 2009

Jadilah Insan Cemerlang Di DUnia & Di Akhirat

Seronok betul baca petikan ini....... Kata-kata ini memang prinsip ummi dari dulu. Cuma kali ni kata-kata ini keluar di Majalah Wanita Bulan Mei 2009 dan disebut oleh Prof.Dr.Muhaya Mohamad...... Pujaan semua pelajar perubatan..... betul tak? ummi tak jadi dr. Tapi bila ummi baca petikan dia terus ummi suka kat dia. Tak pe la kan..... bagi ummi tak salah pun kalau kita ada seorang yang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk berjaya. Yela dari duduk suka kat penyanyi... pelakon.... baik suka kat orang-orang yang berilmu nie.... Sekurang-kurangnya kata-kata dia dah menjadi peransang buat kita.

hah.... ummi akan masukkan antara kata-kata beliau yang pasti ummi suka....

"Jalan kebaikan yang paling utama adalah menjadikan kerja sebagai ibadah. Berbuat baik sesama manusia melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita"

'Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Sebagai anak yang soleh, kita seharusnya mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa kita di dunia dan di akhirat sebagai menghargai jasa mereka"

'Berdoalah kepada Allah agar ibu bapa kita akan dikasihi seperti mana mereka mengasihi kita dan jasa mereka akan dibalas seperti mana mereka mencurahkan kasih sayang mereka kepada kita'

'Anak ibarat kain yang putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sebagai seorang ibu, kita haruslah selalu mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Apabila kita berkahwin, kita perlu tanamkan niat untuk memperolehi zuriat yang baik' .... yang pun untuk bapa tau.... bukan ibu jer...

'Tunjukkan teladan yang baik kepada anak kerana perangai anak-anak banyak mempengaruhi perangai kedua-dua ibu bapa. Apabila menyuruh anak melakukan sesuatu, haruslah memberitahu alasan dan sebab mengapa anda menyuruh berbuat begitu'

'Juga mesti sentiasa bersangka baik kepada Allah. Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan seluruh ahli keluarga. Ini kerana, kebahagiaan sepanjang hayat adalah mendapat anak yang baik'

'Prinsip hidup beliau adalah membahagiakan orang lain agar diri sendiri turut bahagia dan berpegang kepada kata-kata setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya. Sentiasa tanamkan tiga matlamat utama dalam hidup iaitu mencari ilmu yang bermanfaat, mendapatkan anak yang soleh dan mengamalkan sedekah jariah'

'Kita perlu melayan semua manusia sama rata kerana apa yang membezakan manusia hanyalah takwa kepada Allah. Jika kita sebagai ketua, layanlah pekerja bawahan dengan baik'

Huh..... banyak kan.... so hari ini ummi terasa teruja sesangat untuk buat kerja...... bleh macam tu...? betul la kan? mesti excited.... sebenarnya manusia perlukan nasihat. Jika tidak kita akan terus hanyut dengan apa yang kita minat dan tinggalkan apa yang harus kita laksanakan.

jom...... hidup mesti diteruskan..............

Mereka....

  Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...