Wednesday, July 23, 2008

Auni dan sepupu.....



Mendidik Anak..... Sedikit Maklumat.....

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga .
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
12. Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
13. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
14. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
15. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
16. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
17. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
18. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Happy Birthday..........

Happy Birthday to Anak-anak Ummi....

Auni - 4 Jun
Husna - 20 Julai
Aira - 22 Julai








Tuesday, July 22, 2008

Pengasuh Baru....

Hari nie Aira pergi sorang jer ke rumah pengasuh baru dia.... excited mula-mula tu.... tapi lepas tu dia menangis...... ummi dah panik sebab takut dia tak terima... tapi lepas 2 jam call balik pengasuh tu... dia kata ok jer aira.... mula-mula ker takut.. pas tu ok... Alhamdulillah.....

harap cepat la maid datang... kesian kat dia.....

huhuhu......

Friday, July 18, 2008

Setelah 7 bulan bersekolah

dah masuk 7 bulan auni ngan husna sekolah.... happy sungguh dia orang... Alhamdulillah auni dah boleh baca.. husna pun... tapi mungkin sebab auni dah besar dia lebih cepat tangkap apa yang cikgu ajar compare yang husna yang suka main-main lagi....

kira pun dah sampai one hunngeret.... ok la tu...

cuma.... terkena sekali ummi dia baru-baru nie sebab lupa nama malaikat jaga syurga.... adeh ... malu gue... lepas nie kena banyak baca kitab.... hehehe.............

Thursday, July 10, 2008

Terbang.........

Nie nak cerita lagi… hari tu (16/4)bawa anak-anak ke kedah… tapi terlepas air asia…. teruk kan? kesian anak2.. tak dapat nak bayangkan kekeciwaan masing-masing. Auni ngan beg dan carier aira.. husna plak ngan beg sendiri. Pernah plak tu dalam berlari-lari terjatuh plak carier ni. kesian aunii patah balik dia nak ambil carier adik dia….. sampai jer kat kaunter selepas beratur kat kaunter lain, petugas tu kata dah tutup… tak boleh masuk…. sedih lagi.. dah la salah kaunter. tertutup plak…. bayangkan 2 kepala comel bergayut kat kaunter…. auni dah berair mata tanya “Ummi… kenapa orang tu tak bagi kita naik kapal terbang?’ ” kakak tak boleh naik ke?” Alamak…. tak boleh jadi ni… anak2 dah berkorban tidur sebab nak naik flight… kena pergi jugak…. terus call papa… cakap kat dia terlepas flight… dengan sabar dia cakap… “Mungkin ada hikmah tertinggal flight kali ni” so… dengan cepat terus ajak dia ke KLIA…. hehee… sabar betul papa walaupun dia tengah sakit…. terus dia ajak ke klia. Agaknya orang lain dah teruk kena maki hamun kena kutuk kena umpat siap boleh cakap….”menyusahkan…….. ” Dalam perjalanan tu dia masih ingatkan pegang tangan ummi… jangan jalan sorang2 dan macam2 lagi…. adus… teruk betul… banyak menyusahkan orang..

sampai klia terus beli tiket… itu pun atas pertolongan papa… loan lagi… ingatkan papa nak balik sebab mungkin dia penat tapi tak pulak… breakfast dulu…. tapi budak2 nie yang makan lebih… lapar kot…pastu main kat KFC… mujurla ada kapal terbang mainan tu… kalau tak bosan anak2. Pastu gi tengok k.p berlepas…. auni siap cakap… kecik nyer kapal tu… confuse2….Bila semua dah penat papa ajak budak2 nie tidur dulu, dapat la 10 minit sorang…. ish.. nasib la anak2 ni tak mengamuk… kalau tak pengsan ummi dia… sebelum ke terminal papa belanja KFC lagi…. seronok betul anak2…. (tak terbalas rasanya jasa papa)

pukul 12 tgh terus masuk…. papa siap tunggu kat tangga masuk lagi.. sampai tak nampak (agaknya la….sayup jer) (harap tak de yg kecil hati sebab hari tu papa banyak selamat kan keadaan….so rasa bangga… nanti sampai masa org lain kita puji dia plak ek)

sampai jer terminal au-na-ra bising lagi… tanya mana kapal terbang….? dengan sabar suruh la dia org tunggu… siap ada yang BO, masuk toilet entah berapa kali…. makan coklat…pastinya ada yg comot…at last datang gak kapal terbang tu… lepas check in dalam tunggu lagi…. nasib la tak lama sangat.. itupun au-na-ra bising lagi.. kenapa tak boleh masuk…. agaknya anak2 ummi ni kalot macam ummi kot… wakaka….

masuk jer semua happy… ingatkan akan ada yg menangis… tapi tak de maknanyer… dapatla kacang ngan fresh orange dan gula2 (sebab au-na-ra jer yg budak kat dalam tu) so sekali lagi dia org comot ngan gula2..

sesampai jer di alor star… ayah dia dah ada…. huh.. happy at least ada assistant…

HABIS BAB TERBANG…..

Mereka....

  Macam tak sangka... kakak dah 22 tahun dan husna dah 21 tahun..... Mereka dah selesai zaman belajar.. sedang ke masa perkerjaan pula. Rasa...